Ikuti Blog ini

Sukaneka Pasti As Syifaa' Puchong.



Alhamdulillah, segala pujian dan kesyukuran kepada Allah s.w.t kerana limpah rahmat-Nya. Pasti As- Syifaa' Taman Puchong Utama, Puchong telah berjaya menganjurkan sukaneka Pasti di Padang Sekolah Men. Keb. Puchong Utama, Selangor.

Saya, bagi pihak Pengurus Pasti As Syifaa' merakamkan ucapan syabas kepada seluruh warga Pasti, khususnya guru2 dan ajk Pasti dan semua yang terlibat, samaada langsung atau tidak langsung sehingga program ini berjaya dilaksanakan dengan jayanya.Tidak lupa juga kepada Perasmi En. Fadzli bin Kadir Pengerusi Pasti Kawasan Puchong dan Ketua Pas Cawangan Pchg Utama Ust. Omar Mohamed.

Kegiatan sukaneka atau riadhah sebagai aktiviti luar bilik darjah dapat mendidik murid-murid sekaligus mengembangkan bakat, psikomotor, emosi dan mentarbiyah mereka dengan keyakinan diri serta semangat berpasukan. Dan inilah juga sebagai sebahagian ibadah kita kepada Allah swt.

Akhirnya saya terlebih dahulu mengucapkan tahniah kepada para pemenang dalam sukaneka ini.

Saya juga berdoa agar program kita ini mendapat keberkatan daripada Allah Taala. Sekian, terima kasih. 

Lagi gambar2 sukaneka Pasti As Syifaa' di sini




Mesti Lihat !!! Gambar Terkini Tok Guru Nik Aziz Bersama Ust Nasharuddin Mat Isa





Sumber Gambar : Facebook Nik Abdul Aziz Nik Mat

Gambar dirakam ketika keduanya hadir dalam majlis makan malam Pas Kawasan Bachok yang diadakan di Hotel Grand Riverview semalam.Korang fikir dan nilaikan sendiri maksud gambar2 diatas...Alhamdulillah....sumber

Jabatan Amal harum nama PAS di luar negara


IPOH, 4 Mac: Jabatan Amal PAS kini boleh berbangga dengan pencapaian mereka apabila tugas sukarela mereka sering mendapat pujian pelbagai pihak.

Sambil melahirkan penghargaan kepada anggota jabatan itu, Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussian berkata, jasa dan pengorbanan anggota jabatan itu juga telah mengharumkan nama PAS khususnya di Perak berada di tahap ini pada hari ini.

“Jika dahulu berpakaian hijau tetapi sekarang dengan pakaian merah hati, beserta beret ala komando, ahli Jabatan Amal gagah melangkah ditengah-tengah masyarakat apabila ada sesuatu bencana atau keadaan yang memerlukan tenaga sukarela.

“Begitu juga dalam peristiwa banjir besar yang berlaku di seluruh negara ahli Jabatan Amal akan memberikan sumbangan yang besar dalam aspek kebajikan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis Hari Keluarga Jabatan Amal Perak bersama pimpinan PAS Perak di Hulu Kinta, Ipoh hari ini.

Lebih dibanggakan kata Ustaz Abu Bakar, apabila khidmat Jabatan Amal bukan sahaja digunakan membantu masyarakat di negara itu, malah turut menyumbang tenaga dalam membantu mangsa bencana di luar negara.

“Malah ramai di antara ahli Jabatan Amal mereka juga telah menyumbang tenaga sukarela mereka sehingga ke peringkat antarabangsa," ujarnya lagi.

PAS, katanya sangat berbangga dengan Jabatan Amal yang telah ditubuhkan kira-kira 20 tahun lalu yang mana kini menjadi salah satu pasukan sukarela yang disegani lawan dan kawan.

Biarpun bertugas tanpa dijanjikan apa-apa ganjaran kepada mereka, anggota Jabatan Amal katanya tidak pernah mengeluh malah sentiasa bersedia menjalankan tanggungjawab dengan ikhlas.

Hal ini dapat dilihat dengan pengiktirafan orang ramai terhadap badan sukarela itu yang menunjukkan kumpulan ini semakin diterima masyarakat, jelas beliau. -Hrkh

"SELESAIKAN ISU ROYALTI MINYAK KELANTAN" - KU LI

Walaupun ia hanya rakaman temubual dengan Tengku Razaligh Hamzah (Ku Li) yang dirakamkan oleh Astro Awani seminggu yang lalu... namun ianya baru saja disiarkan oleh saluran tersebut... dan semalam Datuk Seri Hj Najib (DSHN) ke Negeri Kelantan Darul Naim dan berjanji akan menyelesaikan masalah Rakyat Kelantan jika Umno/Bn diberi mandat memerintah.

Semasa lawatan Perdana Menteri DSHN ke Negeri Kelantan semalam... beliau telah meminta rakyat Kelantan memberi mandat kepada kerajaan BN untuk memerintah negeri ini pada PRU13... ini bagi membolehkan BN menyelesaikan masalah yang konon nya dihadapi Rakyat Kelantan selama di bawah pemerintahan Pas sejak tahun 1990 lagi.

Menurut Pemimpin Veteran Umno Kelantan itu semasa temuramah di Awani... "Barisan Nasional (BN) perlu menyelesaikan isu royalti petroleum yang dituntut oleh Kerajaan Negeri Pimpinan Pas sebelum PRU13... isu tersebut yang kini didengar oleh mahkamah... adalah isu utama yang perlu diselesaikan jika BN mahu meningkatkan peluang mendapat mandat Rakyat Kelantan".

Tambah beliau lagi "Saya nak ingatkan kita tak boleh nak kata ini tuntutan Pas... bukan tuntutan Pas... kebetulan saja Pas mendapat mandat dan menubuhkan kerajaan di negeri Kelantan tetapi ramai juga orang yang menyokong Umno di sana... kerana itu satu hal yang begitu terlekat di hati orang Kelantan dan Umno/BN perlu menyelesaikan isu tuntutan royalti minyak memandangkan ia sudah sebati dengan Rakyat Negeri Pantai Timur itu".

"Jadi kalau kita tak layan macam mana kita nak cari dia nak sokong kita... jadi ini satu faktor yang besar... kita tak boleh nak ketepikan kepentingan dia dan tiba-tiba kita nak dia sokong kita...jadi kalaulah dekat pilihan raya baru kita nak tunjuk muka... saya rasa kita tak laku... apatah lagi ada orang yang berceramah malam siang... selalu dengan mereka... kita hanya datang bermusim susah kita nak mengatasi pengaruh yang ditanam mereka mendekati rakyat umpamanya... dan politik bermusim hanya menyebabkan hubungan rakyat dan pemimpin renggang".

Umno/Bn sebenarnya tiada niat hendak memberi royalti tersebut... ini kerana pemimpin umno tahu jikalau royalti diberi... Negeri Klantan akan maju dibawah Kepimpinan Pas... dan ini yang mereka tak mahu... kerana kalau Negeri Kelantan Maju ianya adalah mala petaka bagi Umno... ini disebabkan Umno hanya boleh hidup diatas kesusahan Orang Melayu... dimana Orang Melayu boleh diperbodohkan atas nama pembangunan dan perjuangan bangsa konon nya... pada hal nya Umno hanya menjaga kepentingan Pemimpin dan penyokong terpilih sahaja.

PANAS!!! Polis keluarkan gambar 29 Samseng UMNO yang membuat kacau



Polis Pulau Pinang hari ini mengeluarkan 29 gambar saksi yang terlibat dalam kekecohan di perhimpunan anti-Lynas di Pulau Pinang Ahad lalu.

Ia termasuk gambar Ketua Wira PERKASA Pulau Pinang, Risuan Mohd Asudin dan beberapa orang yang memakai topi Umno.


Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng berkata hari ini bahawa gambar-gambar tersebut dikumpul dari akhbar dan Internet.

Gan berkata pihak polis mahu para saksi membantu siasatan.

Bagaimanapun, gambar-gambar tersebut menunjukkan lebih daripada 29 orang saksi.

Sambil menyeru mereka tampil tanpa prejudis, Gan berkata, pada masa ini mereka adalah saksi, bukan suspek atau berdepan dengan sebarang tuduhan.

Polis serius menyiasat laporan yang telah dibuat, mendakwa keganasan semasa perhimpunan tersebut, yang mengakibatkan kecederaan terhadap dua wartawan.

Ahad lepas, wartawan akhbar Kwong Wah Jit Poh - Adam Chew (kanan) dan Lee Hong Chun didakwa diserang dan dipukul dengan topi keledar oleh penyokong pro-Lynas sewaktu perhimpunan Himpunan Hijau di Esplanade.

Kertas siasatan akan disiapkan untuk Peguam Negara paling lewat Isnin ini, katanya dalam satu sidang akhbar, sambil menambah sebuah pasukan petugas akan meneliti butiran berhubung kekecohan tersebut.

Diketuai Timbalan Ketua CID Pulau Pinang, ACP Naser Salleh, tugas utamanya adalah menyediakan kertas siasatan untuk dihantar kepada Peguam Negara.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 143 dan 147 Kanun Keseksaan, yang juga melibatkan "perhimpunan haram" di pihak penganjur.

Laporan yang dibuat oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng, katanya, disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan, yang merujuk kepada ugutan jenayah.

Setakat ini, tujuh laporan mengenai keganasan semasa perhimpunan tersebut diterima, termasuk laporan oleh Lim, dan 20 kenyataan saksi telah dirakamkan.

Mengenai kes Lim sahaja, kata Gan, 13 kenyataan saksi telah dirakamkan.

http://sharpshooterblogger.blogspot.com

Biadap!! Samseng Umno Baling Telur Di Ceramah Pakatan Rakyat


MELAKA - Umno Barisan Nasional kian terdesak dalam usahanya mempertahankan kuasa, apabila terus membiarkan penyokongnya berkelakuan ganas dan samseng, kata Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Melaka, Shamsul Iskandar Mohd Akin. Beliau mengulas tindakan terbaru sekumpulan ahli Umno membaling telur dan menjerit perkataan lucah dalam ceramah anjuran Pakatan Rakyat di Kampung Kerubung, Melaka- salah satu kubu kuat Umno di negeri itu- malam tadi (2 Mac).

“Samseng umno melakukan provokasi termasuk mengeluarkan kata-kata kesat dan lucah terhadap penceramah Pakatan Rakyat.

“Malah, semasa S Kesavan (Adun KEADILAN Perak) berucap, secara tiba-tiba dua dari samseng Umno itu membaling telur dan mengenai penduduk kampung yang hadir.

“Salah seorang dari samseng Umno itu dikenalpasti sebagai pemimpin cawangan Umno yang turut menjerit-jerit terhadap kita semasa ceramah berlangsung,” kata Shamsul kepada keadilandaily.

Shamsul yang juga Ketua Angkatan Muda KEADILAN berkata, penduduk kampung sendiri malu dan meluat dengan gelagat tersebut, namun hanya mampu meminta supaya penceramah Pakatan Rakyat bersabar.

Ekoran kekecohan itu katanya, sebuah van dan empat kereta peronda datang bagi mengawal keadaan.

Beliau dalam pada itu merasa kesal kerana penceramah yang hadir pada malam itu hanya mahu memberi penerangan mengenai perbezaan dasar negeri Pakatan Rakyat dengan Barisan Nasional di Melaka.

“Kita menerangkan dasar ini pada rakyat kerana mereka berhak tahu apa yang kita tawarkan jika diberi mandat sebagai kerajaan baru.

“Lagipun, media Umno langsung tidak memberi kita peluang menerangkan dasar ini walaupun sekadar setengah jam di media rasmi kerajaan,” tegasnya.

Kejadian keganasan penyokong Umno itu merupakan rentetan dari siri keganasan yang berlaku di Pahang, Pulau Pinang dan Johor.

Sebelum ini, penyokong Umno bertindak ganas apabila menyerang ceramah yang dihadiri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Sembrong, Johor dan turut merosakkan kereta milik ketua Umum KEADILAN itu.

Di Pahang pula, Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar hampir dicederakan penyokong Umno dalam satu majlis ceramah di Felda Lapar Hilir 1 di Gambang.

Manakala di Pulau Pinang pula, penyokong Umno bertindak ganas menyerang Himpunan Anti Lynas, yang turut dihadiri Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng- menyaksikan dua wartawan cedera. -KD

PRU 13 : Panas !!! Ku Li Tetap Bertanding Jikapun Tidak Dicalonkan Umno

SHAH ALAM - Ahli Parlimen veteran Tengku Razaleigh Hamzah mahu bertanding lagi di kerusi Parlimen Gua Musang, yang disandangnya sejak 1969, jikapun tidak dicalonkan oleh partinya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Menurut Ketua Umno Gua Musang ini, hanya rakyat yang boleh memutuskan kedudukannya dalam pilihan raya umum akan datang."Saya terpulang kepada rakyat...," kata beliau dalam temu bual eksklusif dengan saluran Astro Awani yang disiarkan hari ini.

Tengku Razaleigh, yang juga bekas Menteri Kewangan dan Naib Presiden Umno, merupakan antara wakil rakyat paling lama yang masih berkhidmat.Bahagian Gua Musang merupakan antara beberapa kerusi yang menjadi kubu kuat Umno dan Barisan Nasional (BN) di Kelantan.

Mengikut tradisi BN, parti-parti komponen akan menamakan senarai calon untuk dipilih oleh pucuk kepimpinan perikatan itu.Tengku Razaleigh melahirkan pendirian ini ketika BN sedang bersiap untuk mengadakan PRU13, yang banyak pihak menyebut akan dipanggil pada Mei atau Jun ini.
Sidang Parlimen akan bersidang selama sebulan mulai 12 Mac ini.Dalam temu bual itu, Tengku Razaleigh yang mesra dengan panggilan "Ku Li" berkata, soal parti tidak begitu penting sekali.

"Soal parti barangkali tak begitu penting sekali... bukanlah saya ketepikan kepentingan parti," kata beliau yang pada tahun 1987 mencabar Tun Dr Mahathir Mohamad dalam pemilihan jawatan Presiden Umno.Mengenai kualiti calon yang rakyat mahukan, Tengku Razaleigh berkata, mereka yang hendak dipilih sebagai calon seharusnya dapat melayani tuntutan-tuntutan rakyat.

"Mesti bukan saja pandai buat kerja misalnya di Parlimen ataupun di luar Parlimen, tetapi mesti dapat melayani tuntutan rakyat, memang tuntutan rakyat ini banyak, seribu satu macam berbeza daripada bandar dan di luar bandar," katanya lagi.

Katanya, rakyat juga mahu wakil rakyat yang tidak mencari komisen daripada projek kerajaan atau menyeleweng duit peruntukan untuk rakyat.Sehubungan itu jelas beliau, tidak cukup untuk BN meletakkan calon boleh menang, tetapi wakil yang hendak diturunkan itu mesti juga dilihat bersih. -SH
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .