Ikuti Blog ini

BN tindas, rakyat Malaysia boleh bangkit


ALOR SETAR, 20 Feb: PAS mengingatkan Umno agar mengambil iktibar dengan kejatuhan pemerintah Tunisia dan Mesir akibat kebangkitan rakyat yang ditindas pemerintah.

Dengan nada memberi amaran, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, rakyat Malaysia juga boleh bangkit sedemikian jika pemimpin Umno BN terus menindas rakyat.

"Rakyat ni macam spring, bukan mati hidup, tapi ada perasaan.

"Kalau orang tekan spring ni, bila lama dia pedih tangan dia lepas, spring naik kemuka dia. Ha ingat-ingat..," katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ceramah di hadapan lebih 30 ribu rakyat di perkarangan Kompleks PAS, Kota Sarang Semut di sini malam tadi.

Turut serta berceramah pada malam kemuncak Himpunan 30K Dewan Pemuda PAS itu adalah Timbalannya, Nasharuddin Mat Isa, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ustaz Azizan Abd Razak dan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Azman Shapawi Abdul Rani.

Sehubungan itu tambahnya, sebelum Umno BN dimalukan dengan kejatuhan sebegitu, mereka perlu memberikan padang sama rata kepada parti-parti politik lain dalam pilihan raya, agar kejatuhan mereka lebih bermaruah.

"Kita mintak pemimpin Umno ni jaga maruah, jangan tipu pilihan raya.

"Jangan guna media untuk sebelah pihak sahaja," katanya lagi.

PAS ganti Umno

Dalam pada itu, beliau turut mengulangi pendirian bahawa PAS perlu menggantikan Umno.

Katanya, Umno telah terbukti tidak mampu membawa keadilan Islam untuk rakyat semua kaum dengan sistem penjajah yang diwarisi mereka, apatah lagi sistem sekular itu sendiri merosakkan Islam.

Sebagai bukti katanya, umat Islam negara ini masih lemah walaupun dipimpin orang Islam sendiri dari Umno BN sejak negara merdeka.

"Kenapa lemah? Kerana kepimpinan Malaysia ini mewarisi pemikiran penjajah barat, pemimpin negara tidak berperangai Islam, tak boleh tolong orang Islam, tak boleh tunjuk contoh baik kepada orang bukan Islam.

"Maaflah orang bukan Islam, pemimpin negara ini nama sahaja Islam tapi amalan pemerintahan dia, rasuah boleh, tipu rakyat boleh," katanya lagi.

Keadaan itu berlaku katanya kerana Islam dikurung di pejabat agama sahaja.

Skop Islam juga disempitkan hanya tertumpu kepada sembahyang, puasa, perkahwinan dan zakat sahaja.

Selain turut menghakis Bahasa Melayu, Umno BN juga didakwa gagal mengurus ekonomi negara sehingga berlaku kenaikan harga barangan yang membebankan rakyat.

Kekayaan negara katanya, hanya berpusing di kalangan pemimpin atasan mereka sahaja dan tauke-tauke yang berkepentingan.

"Orang Melayu kena sedar, bila pilihan raya, tauke-tauke besar bagi duit kepada Umno.

"Bila habis pilihan raya, harga barang dinaikan sebab nak tolong tauke dia yang tolong dalam pilihan raya," tambahnya.

Sehubungan itu beliau mahu rakyat khususnya ahli PAS bekerja kuat untuk memastikan Pakatan Rakyat menggantikan Umno pada Pilihan Raya Umum nanti.

"Pertahankan Kedah ini, kalau Kedah kamu tak perkuat, nak pergi Pptrajaya macam mana.

"Jangan cakap sahaja nak putrajaya, kerja malas, daftar pengundi tak buat, ceramah datang berbatu-batu, tapi nama bila nak mengundi tak ade," tegasnya. -Hrkh

Najib Ketar Jika Ledakan Mesir Tercetus Di Malaysia

Mahunya Najib tak takut: Tidak mustahil ledakan Mesir tercetus di Malaysia

UMNO perlu melihat kejatuhan Hosni Mubarak di Mesir dari dua sudut. Pertama, kerana terlalu lama dan kedua, kerana terlalu angkuh. Hari ini, apabila Hosni Mubarak meninggalkan Mesir selepas 18 hari diasak penunjuk perasaan, apakah yang ditinggalkan Mubarak di Mesir? Yang pasti, ada 300 nyawa terkorban selama tunjuk perasaan ini berlaku dan ribuan yang lain cedera.

Seperti yang dilaporkan, tentera yang mengambil alih kuasa sekarang ini, kelihatan merestui tunjuk perasaan ini dan akhirnya, pengumuman rasmi dibuat, mengesahkan Mubarak yang pada peringkat awalnya tidak mahu mengalah, akhirnya terpaksa melepaskan jawatannya.

Kalau boleh, Mubarak mahu menunggu sampai September, kononnya penggal pemerintahannya berakhir, tetapi rakyat tidak tertanggung lagi dengan perangai dan sikap angkuh Mubarak. Apa yang pasti, rakyat Algeria juga seperti mendapat suntikan semangat dari apa yang dicapai oleh rakyat Mesir.

Apakah Presiden Algeria, Abdelaziz Bouteflika sudah bersedia untuk berundur? Atau, mahu terus berdegil hingga kejadian lebih buruk berlaku? Begitu juga dengan Yaman, khabarnya keadaan sudah mula bergegar dengan ura-ura tunjuk perasaan.

Panglima Angkatan Tentera Mesir, Fil Marsyal Mohammed Hussein Tantawi berkata, beliau akan menghormati semua perjanjian yang dimeterai Mesir, satu berita yang cukup melegakan negara Yahudi dan Amerika Syarikat.

Antara perjanjian itu ialah perjanjian damai dengan Israel 1979. Selain kebongkakkan Hosni Mubarak, hakikat sebenarnya apa yang berlaku di Mesir ini ialah disebabkan terlalu khayal dengan mabuk kuasa. Keresahan dan kesusahan rakyat tidak dapat dihidu sejak awal. Hingga, apabila Dataran Tahrir dipenuhi dengan penunjuk perasaan dan semua jalan raya sudah tidak boleh dilalui disebabkan dipenuhi dengan penujuk perasaan, mulalah ekonomi Mesir lumpuh.

Hanya beberapa bulan lagi pilihan raya akan diadakan. Tidak pula diketahui apakah boleh dipercepatkan pilihan raya tetapi, belum ada jaminan suasana aman selepas peralihan kuasa berlaku. Satu perkara yang perlu dijadikan ingatan pihak yang sedang berkuasa sekarang ialah penggunaan laman sosial faebook dan internet menjadi komponen penting dalam revolusi rakyat Mesir.

Jika ada ura-ura Kementerian Dalam Negeri (KDN) mahu menyekat Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) seperti yang dinyatakan Ketua Setiausaha (KSU) KDN, Mahmud Adam baru-baru ini, ia sebenarnya sudah terlewat.

Rakyat sudah ke hadapan di dalam penggunaan media baru ini dan sekatan demi sekatan yang dibuat sebenarnya satu usaha memenjarakan kecerdikan berfikir rakyat. Ada penulis yang mempertahankan Malaysia kononnya, apa yang berlaku di Mesir tidak akan berlaku di Malaysia kerana rakyat Malaysia cukup makan dan tidak seperti di Mesir.

Kerisauan rakyat Malaysia yang sentiasa dikelilingi pendatang asing hingga keselamatan keluarga mereka terancam, tidak diambil kira sebagai keresahan dan kesusahan rakyat. Ternyata, kerajaan telah gagal menyelesaikan masalah pendatang asing ini walaupun pelbagai formula diketengahkan termasuk usaha menubuhkan makmal pendatang asing.

Ternyata, ia hanya cakap-cakap yang mahu menghalalkan sejumlah peruntukan besar diluluskan kerajaan untuk menubuhkan makmal tersebut. Namun, tidak seorang pun pendatang asing yang dapat dikurangkan dari bumi Malaysia, melainkan bertambah dari hari ke hari.

Jika desakan dibuat, Menteri Dalam Negeri akan muncul dengan amaran terbaru termasuklah akan mencari hingga ke lubang cacing tetapi, yang pasti pendatang asing makin bertambah. Bukan kecil jumlah rakyat Malaysia yang terperangkap dengan isu keldai dadah tetapi setakat hari ini, pihak berkuasa masih tetap memberi nasihat kepada mereka supaya berhati-hati dengan perangkap tersebut.

Apakah keresahan rakyat ini, selain kenaikan cukai, kenaikan harga barang-barang keperluan dan kesukaran mendapatkan pekerjaan bukan keresahan dan kesusahan yang membolehkan rakyat Malaysia bangkit seperti bangkitnya rakyat Mesir di Dataran Merdeka (Tahrir) mereka?

Bukankah kerana lamanya itulah yang menyebabkan rakyat menolaknya. Berbeza, kata mereka yang menjadi pengampu UMNO, dengan BN. Yang lama adalah parti tetapi individu yang memimpin parti belum pernah mencapai usia 30 tahun pemerintahannya, kecuali sekali Tun Dr. Mahathir Mohamad mencipta rekod 22 tahun.

Kemenangan besar Tun Abdullah Ahmad Badawi, kata penulis-penulis yang pro UMNO dalam tahun 2004, kerana Abdullah baru dan jika diadakan Pilihan Raya Umum ke 13 kelak, Perdana Menteri, Najib Tun Razak akan mengulangi kejayaan BN seperti yang pernah berlaku dalam PRU 11, 2004 yang lalu.

Bukan senang mahu menyedarkan mereka yang sudah terlalu lama di tampuk kuasa. Malahan, jika mereka dikatakan lama, mereka akan berkata, parti mereka yang lama, tetapi pemimpin-pemimpinnya sering bertukar ganti.

Mereka lupa, 2008 apabila Abdullah nyaris-nyaris tumbang bersama-sama BN bukan kerana dia sudah lama tetapi kerana parti yang diwakilinya sudah terlalu lama berkuasa di Malaysia. Begitulah juga apa yang berlaku kepada Gerakan, MCA dan MIC kerana terlalu lama, parti mereka (calon-calon) ditolak.

Hari ini, walaupun MCA berhempas-pulas mahu memberitahu rakyat dan pengundi bahawa mereka mempunyai pemimpin yang baru, dari Ong Tee Kiat kepada Chua Soi Lek, namun, rata-rata pengundi menolak mereka.

Pengundi-pengundi sudah jemu dengan parti yang terlalu lama berkuasa. -Sanggahtoksago

Adengan Lompat Parti Ahli PAS Ke UMNO Di Kedah Melucukan Bila Imej Serta Perwatakan Mereka Langsung Tidak Cermin Identiti Parti Itu

Sesuatu yang semakin menarik untuk kita perkatakan sekarang ini ialah adengan lompat parti (masuk UMNO) pasti akan menjadi-jadi bila tiba musim pilihan raya kecil di negara kita. Ada berita ahli UMNO masuk PAS atau PKR dan ada berita ahli PAS dan PKR masuk UMNO. Semua ini adalah adengan biasa yang pasti akan dapat disaksikan tatkala menjelangnya pilihan raya kecil itu sebenarnya.

Terbaru ketika himpunan 30,000 pemuda PAS di Kedah sekarang tiba-tiba UMNO mengumumkan seramai 80 bekas ahli PAS Sik menyertai parti itu. Borang keahlian telah disampaikan oleh bekas ahli jawatankuasa PAS Ranting Hujung Bandar Sik kepada Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah Datuk Mukhriz Tun Mahathir semalam.

Majlis penyerahan telah dibuat pada pada majlis
1Komuniti 1Malaysia peringkat daerah Sik 2011 anjuran Jabatan Penerangan Negeri Kedah dan UMNO bahagian itu di Kampung Nami di Sik, Kedah. Semua ini adalah satu strategi untuk melemahkan emosi penyokong parti pembangkang itu sebenarnya.

Bukti, cuba lihat imej dan perwatakan ahli PAS yang masuk UMNO
itu, apakah dia itu ahli PAS atau sememangnya ahli UMNO sendiri


[Persoalannya sekarang, cuba kita lihat muka pemimpin PAS yang masuk UMNO itu baik-baik. Apakah ia menunjukkan imej dan perwatakan seorang ahli PAS agaknya?. Sunggu melucukan melihat adengan ini sebenarnya.

Jika benar UMO mahu membuktikan ada ahli PAS yang sertai UMNO maka eloklah ditarik mereka yang mempunyai imej dan penampilan gaya PAS daripada ahli dan pemimpin seperti itu.

Mungkin juga ini adalah satu trick dan permainan mereka untuk mengelirukan dan memperdayakan rakyat agaknya. Padahal yang masuk itu adalah ahli UMNO sendiri dan bukannya ahli PAS seperti yang diwar-warkan itu]. -PahangDaily

Pearl Square.. Pemuda-pemudi akan turun ke jalan raya hari ini

A female protester stands in front of riot police on the road leading to Pearl Square in the Bahraini capital of Manama.Anti-government protesters in Bahrain swarmed back into the symbolic Pearl Square on Sunday, putting riot police to flight in a striking victory for their cause and confidently setting up camp for a protracted stay.

MANAMA, BAHRAIN – FEBRUARY 20: An anti-government protestor gestures in front of police as demonstrators re-occupy Pearl roundabout on February 20, 2011 in Manama, Bahrain.

7:16 am 20/2/ 2011 (Bahrain) Following another day of clashes, anti-government protesters reclaim the Pearl Roundabout.

Our correspondent on the scene reports that while the government’s withdrawal of security forces was “aimed that starting negotiations”, anti-government protesters remained angry. He observed:

Demands have hardened from the beginning of the week. Some say what they want is a change of government, some say that the prime minister should be sacked and others say that the king should go as well.

People are saying that given the people who have died and the number injured they will continue to come here … many are saying they are not going to leave as they have not got the reform they were asking for.

All of them are asking for constitutional reform. The opposition are asking for a constitutional monarchy, like in the UK or Australia – Aljazeera

Pegawai Penguatkuasa Terutama POLIS, Tolong Baca!

Protesters stand off with riot police during an anti-Internal Security Act (ISA) demonstration in downtown Kuala Lumpur, Saturday, Aug. 1, 2009. Riot police fired tear gas in a clash with at least 10,000 opposition supporters who marched in Malaysia's main city Saturday to protest a law allowing detention without trial.
Ini aje lah kerja dia... belagak dengan senjata... salah guna kuasa.
Ceti haram/along... Pusat judi... dibiarkan... rakyat berarak aman... tu yang dia sibukkan.
Memang haramjadah.... !!!!

Saya ceritakan tentang pegawai kerajaan yang lebih mirip sikap betina sundal Kajang dan disiarkan semula olih beberapa blog, terima kasih. Komen daripada beberapa pembaca jelas menunjukkan betapa marahnya rakyat marhean terhadap pegawai kerajaan yang bersikap ala-ala antu nonok.


Ingat antu ada banyak antu... ada antu nonok-banyak kat otel. Ada antu mesin... ni banyak kat Cyber cafe. Antu mesin ni bukannya cikgu... tapi orang panggil dia cikgu... sapa la agaknya ... ?


Nak tau "antu nonok" tu apa..? .. Gi tanya Noh Omar... masa dia jadi Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri dulu... apa dia buat kat hotel di Subang Jaya...? Dia jumpa antu atau dia yang jadi antu..!


Baca komen rakyat marhean terhadap pegawai penguatkuasa terutamanya polis di bawah ni:

alahai... polis ni baik2 kat dalam tv jer
kalu kat luar ada laa separuh yang bersopan...
yang paling kuang hajau polis trafik time bayar sama...
mintak duit org mcm bapak dier yang bayor gaji...
haram jadah.... org kerja penat2....
korang makan laaa harta nie... di akirat esok taw laa hangpa nie....
lagik 1st lady n the geng.... 1 sen pun ko mamah duit kami... x kan aku halalkan....
pergi mampus laaa..... ke liang lahad laaa ko makan duit kami....
~~~~~~~~~~~~~~~~
ada yg baik dan sopan....tapi dalam Gerak Khas, Roda-roda Kotaraya aje le. Teramaaaaaat le sopan dan baikkkkkknyer.
Ini komen baru dari satu laman web (di sini).... kalau rajin ronda ke blog dan website lain, rasanya 16 kapal 3 trak sumpah seranah rakyat untuk bekalan polis ke liang lahat... nak tambah lagi pun bolih...


Pembunuhan Aminul Rasyid antara bukti kerja sial anggota polis.. !!

Inilah perangai sesetengah pegawai polis... buat kerja bahalol.... setakat nak menunjuk... setakat nak turunkan poster.... panggil media.... pergi mampuslah lu polis.... Apa yang orang awam mahukan ialah tangkap dan dakwa si lahanat along tu....
Kalau betul la PDRM buat kerja... dah lama habis ceti/along ni...
sumber

PRK Kerdau, Merlimau serentak elak asakan Pakatan

KUALA LUMPUR, 20 Feb: Keputusan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mengadakan pilihan raya kecil (PRK) Merlimau dan Kerdau secara serentak merupakan isyarat jelas pilihan raya negeri Sarawak akan diadakan dalam masa terdekat, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Beliau berkata, PAS dan Pakatan Rakyat harus berwaspada dengan isyarat itu kerana kemungkinan Dewan Undangan Negeri (Dun) Sarawak akan dibubarkan sejurus selepas kedua-dua PRK ini.

"Ini satu isyarat yang harus diberi perhatian oleh PAS dan Pakatan Rakyat untuk persiapan menghadapi pilihan raya umum Sarawak.

"Kemungkinan SPR menyegerakan (pilihan raya kecil) Kerdau ini kerana mereka nak tumpu Sarawak. Kemungkinan selepas sahaja pilihan raya kecil di kedua-dua tempat ini, Dun Sarawak akan dibubarkan maka pilihan raya kecil itu disegerakan," kata beliau ketika ditemui di Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa-jaminan PAS di Shah Alam semalam.

Mahfuz yang juga ahli Parlimen Pokok Sena turut mendakwa Umno BN mahu PRK Merlimau dan Kerdau diadakan serentak kerana enggan berhadapan dengan asakan Pakatan Rakyat seperti siri PRK sebelum ini.

Umno BN dalam setiap PRK, katanya terpaksa menghabiskan wang yang banyak untuk menawan hati pengundi bagi bersaing dengan Pakatan yang menurunkan kekuatan jentera dari seluruh negara.

Contoh yang paling hampir ujarnya pada PRK di Tenang yang menyaksikan Umno BN terpaksa berusaha keras menarik hati pengundi meskipun kawasan itu merupakan kubu kuat Umno.

"Seperti di Tenang, walaupun Tenang itu kawasan kuat Umno tapi mereka tidak lagi mudah menang seperti pilihan raya kecil sebelum ini.

"Mereka terpaksa berhadapan dengan asakan Pakatan Rakyat, terpaksa berbelanja banyak untuk melaksanakan tawaran yang dijanjikan kepada rakyat kerana kita mengumpulkan seluruh tenaga kita di Tenang.

"Mereka mengharapkan dengan buat pilihan raya kecil serentak, tenaga kita tidak tertumpu kepada satu-satu tempat sahaja, terpaksa dipisah dua. Jadi pilihan raya itu tidak serancak yang berlaku sebelum ini," katanya.

Namun demikian, Mahfuz mahu jentera Pakatan Rakyat melihat keputusan itu secara positif dan menjadikannya sebagai latihan praktikal terakhir untuk menghadapi pilihan raya umum.

"Kepada petugas parti saya harap mereka melihat secara positif kerana memang pun dalam pilihan raya umum jentera di peringkat jentera kawasan dan negeri masing-masing yang berkerja. Kita boleh berkerja dan boleh menang di beberapa negeri.

"Kita harap kita hadapi pilihan raya kecil ini seperti kita hadapi pilihan raya umum. Tiada siapa yang membantu kita tapi jentera tempatan itu akan lebih agresif," katanya.

Selain itu katanya, Pakatan Rakyat boleh menggunakan waktu ini untuk mengenal pasti kelemahan sebelum ini dan memperbaikinya.

"Kita harap ini akan menjadi lapangan sasar menembak terakhir untuk membuat latihan praktikal hadapi pilihan raya umum untuk kita lihat di mana kelemahan kita sebelum ini yang perlu dibaiki.

"Jabatan pilihan raya pusat dan negeri perlu kenal pasti kenapa setiap negeri yang ditugaskan di setiap peti undi tak dapat nak meningkatakan lonjakan undi," katanya.

PAS, katanya akan membuat pengagihan jentera dengan sebaik mungkin untuk bertugas di kedua-dua kawasan.

"Kita akan buat pengagihan selepas ini supaya jentera dapat dimanfaatkan sebaiknya," katanya. -Hrkh

12 JAMINAN PAS UNTUK MENGUPAYAKAN BANGSA MELAYU

SHAH ALAM : PAS dalam usahanya mewujudkan sebuah Malaysia Baru yang mengangkat martabat kaum Melayu dan Islam, hari ini memberikan jaminan istimewa terhadap dua belas perkara untuk rakyat Malaysia.

Dua belas jaminan ini terkandung dalam resolusi Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa; Jaminan PAS yang berlangsung sehari di Auditorium MBSA, dekat sini.

Berikut adalah dua belas resolusi yang dibentangkan oleh Naib Presiden PAS selaku Pengarah Konvensyen, Datuk Mahfuz Omar.

PAS sebagai sebuah parti politik yang berteraskan Islam memberi jaminan bahawa:

1. PAS tetap komited untuk melaksanakan agenda pengupayaan bangsa Melayu dan Bumiputera berteraskan prinsip-prinsip di atas;

2. PAS akan terus mempertahankan kedaulatan Raja-raja Melayu dan kepentingan bangsa Melayu dan Bumiputera seperti yang telah termaktub dalam Perlembagaan Malaysia;

3. PAS tetap beristiqamah untuk menghayati Islam sebagai satu cara hidup sesuai dengan kerangka perlembagaan Malaysia sebagai teras terpenting usaha mengupayakan Melayu;

4. PAS akan sentiasa memastikan seluruh kegiatan pembangunan bangsa Melayu berkiblatkan akhirat demi mencapai keredhaan Allah;

5. PAS tetap mengutamakan perjuangan untuk membela nasib rakyat terpinggir dan berpendapat rendah yang sebahagian besarnya adalah kaum Melayu dan Bumiputera;

6. PAS akan terus mempertahankan konsep ketuanan rakyat yang berpaksikan keadilan Islam dengan jaminan saksama kepada kaum-kaum lain;

7. PAS tetap memperjuangkan dasar-dasar affirmative yang berasaskan siapa yang berkeperluan (need based) sesuai dengan matlamat keadilan Islam;

8. PAS akan terus komited untuk menampilkan kepimpinan Melayu yang bebas rasuah dan penyelewengan di semua peringkat kepimpinan bermula dari kepimpinan Negara sehingga kepimpinan komuniti;

9. PAS tetap mempertahankan tanah-tanah rizab Melayu, tanah-tanah adat, kampung-kampung tradisi dan penempatan-penempatan yang mempunyai kepentingan Melayu dan Bumiputera seperti Felda, malah berusaha menjadikannya sebagai penyumbang terpenting kekuatan ekonomi Melayu;

10. PAS akan terus mempertahankan warisan Melayu selagi mana tidak bertentangan dengan syarak, sebagai khazanah penting kepada generasi Melayu akan datang;

11. PAS tetap mempertahankan pendidikan vernakular yang telah memberi ruang kepada kewujudan sekolah agama rakyat, madrasah dan sekolah pondok, di samping tidak menolak kepentingan elemen integrasi nasional diterapkan dalam sistem pendidikan dan;

12. PAS akan terus berusaha memasakkan jatidiri berteraskan Islam kepada generasi muda Melayu kerana mereka merupakan teras kepada pengupayaan bangsa Melayu dan waris kepimpinan akan datang.

Jangan Mimpi Mahu Rampas Negeri Pakatan






Lagi gambar2 di FB Pas Puchong

Alor Setar : Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ustaz Azizan Abd Razak berkata, PAS tidak akan memberi laluan mudah kepada Umno BN untuk merampas negeri-negeri yang dikuasai Pakatan pada waktu ini.

Bercakap sewaktu merasmikan Himpunan 30K Pemuda PAS di sini beliau berkata, kekuatan pemuda PAS yang hadir hari ini adalah senjata ampuh untuk menghalang Umno merampas negeri dengan pelbagai taktik kotor mereka.

Katanya, kehadiran 30 ribu pemuda PAS membanjiri dataran kompleks PAS Kedah hari ini membuktikan kesungguhan pemuda mempertahan kerajaan Kedah dan menyekat taktik kotor Umno yang mahu menjatuhkan kerajaan PAS Kedah.

"Ini sudah cukup menggerunkan Umno, kita kena pertahankan.

"Umno jangan fikir dia sahaja nak menang, kita pun fikir nak menang.

"Saya dan rakan-rakan yang memikul amanah kepimpinan kerajaan negeri, tidak akan bagi laluan mudah kepada umno BN," katanya yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah.

Hadir sama pada majlis perasmian pagi tadi adalah dua Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, AJK PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik, Ketua Dewan Ulama PAS Kedah, Ustaz Ahmad Abdullah, Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan dan seluruh kepimpinan pemuda seluruh negara.

"Apakah kita nak biarkan keadilan yang kita buat ini dihancurkan Umno?" soal Azizan disambut laungan 'tidak' oleh kira-kira 30 ribu pemuda PAS yang hadir termasuk dari Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).

Sehubungan itu beliau turut mengarahkan pemuda PAS menggiatkan usaha mendaftar pemilih khususnya kepada anak muda.

Katanya, hanya dengan usaha itu PAS boleh kekal menegakkan keadilan bukan sahaja di negeri-negeri yang dikuasai malah seluruh negeri di Malaysia pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang.

"Saya meletakkan harapan tinggi kepada pemuda, bangun menjalankan daftar pemilih.

"Hanya dengan mereka mendaftar, mereka boleh mengundi kita, baru kita boleh menang,"katanya lagi.

Hasrat menguasai Putrajaya juga katanya tidak mustahil berlaku, dengan semangat perubahan anak muda di seluruh dunia khususnya di Tunisia dan Mesir yang juga diharap sampai ke negara ini.

"Pemuda perlu mencetus perubahan, idea baru, menjadi tokoh negarawan, bukan sahaja banyak komen, tapi memberi cadangan penambahbaikkan," tegasnya.

Sementara itu, Nasruddin ketika ucapan aluannya pagi tadi meletakkan dua syarat utama jika mahu PAS menang dalam PRU akan datang.

"Setiap individu pemuda PAS mestilah mendekatkan diri kepada Allah SWT, menjadi tentera Allah.

"Inilah kekuatan yang ada pada kita dan beberbeza dengan musuh," ujarnya.

Kedua katanya, ahli PAS perlu mengelak perselisiahan dalamam sehingga membolehkan parti itu diserang musuh sehingga menjadi lemah.

"Rapatkan saf atas dasar ukhwah, jangan bagi ruang walaupun satu lubang untuk musuh masuk pecahbelahkan kita," katanya.

Majlis perasmian hari ini turut menyaksikan selebriti terkenal, Bob Lokman, menyerahkan borang ahli PAS.

Borang tersebut diserahkan kepada Ustaz Azizan sebelum dipakaikan baju tema himpunan.

Himpunan 30K pemuda hari ini antara lain akan membincangkan tugasan dan gerak kerja berdepan PRU 13.

Program sehari hari ini akan berakhir malam nanti dengan program ceramah oleh dua pemimpin utama PAS, iaitu Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. -Hrkh

Ribuan banjiri himpunan Pemuda PAS di Kedah

Sejak awal pagi tadi, ribuan membanjiri kompleks PAS Kedah di Kota Sarang semut dekat Alor Setar bagi menghadiri himpunan besar-besaran Dewan Pemudanya bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 yang dijangka tidak lama lagi.

Mereka mensasarkan kehadiran 30,000 - sekali ganda lebih banyak daripada perhimpunan yang sama pada 2006 di Kota Bharu.

Mereka pada mulanya bercadang berkumpul di Selangor tetapi ekoran percaturan politik bagi mengekalkan penguasaan kerajaan PAS Kedah, mereka menukar tempat program ke situ.

Antara yang hadir Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Razak, Naib Presiden PKR Salehuddin Ayun dan Ketua Pemuda Nasrudin Hassan. -mk

Bob Lokman Sertai PAS



Bob Lokman mengisytiharkan diri sebagai Ahli PAS di hadapan 30 ribu Pemuda PAS di Kota Sarang Semut, Kedah sebentar tadi. Beliau telah menyerahkan borang keahliannya kepada DS Ustaz Azizan Razak, MB Kedah Darul Aman.

Majlis ini telah dihadiri lebih 30 ribu pemuda dari seluruh negari. Kontinjen Negeri Kedah lebih dari 7 ribu. Selain itu, negeri Terengganu Darul Iman dan Selangor Darul Ehsan berjaya menghantar ramai pemuda ke Himpunan ini

Kesesakan jalanraya sepanjang lima kilometer di laluan ini dikawal dengan baik oleh para unit AMAL malaysia. Allah Akbar..!!!

Majlis bermula jam 9.00 pagi dengan perbarisan kontinjen dengan lagu Negaraku, lagu PAS dan lagu Amal. Ucapan Alu-aluan oleh Ketua Pemuda PAS, Ustaz Ahmad bin Yahya. Seterusnya ucapan oleh Pengarah Himpunan 30K. Ustaz Nasarudin Tantawi menyampaikan amanat untuk para pemuda agar berjuang dengan lebih gigih untuk menjana kemenangan.

Seterusnya ucapan perasmian oleh DS Ustaz Azizan Abdul Razak. Beliau begitu bersemangat dan gembira dengan himpunan yang besar begini. Dalam ucapannya beliau menyindir UMNO dengan katanya ‎'umno kini macam nyamuk kena ubat nyamuk, pening'. Selain beliau mengingatkan media agar tulis bagi betul ‎'Hari ini pemuda PAS berhimpun 30 ribu, tapi esok surat khabar tulis 300 sahaja" -detikdaily

Usia Umno BN sudah tidak dapat bertahan


ALOR SETAR, 19 Feb: PAS telah siap sedia untuk mengambil alih tampuk pemerintahan negara bagi menggantikan tempat yang selama ini didominasi oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) sebagai pemerintah.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata demikian semasa berucap dalam majlis perhimpunan 30 ribu Pemuda PAS seluruh Malaysia di Kompleks PAS, Kota Sarang Semut, pagi tadi.

Menurut beliau lagi dunia telah membuktikan kezaliman dan sikap diktator yang diamalkan oleh kebanyakan pemimpin tersungkur di tangan rakyat.

"Gelombang yang telah menggerakkan kebangkitan rakyat di Mesir adalah kebangkitan generasi muda. Kebangkitan rakyat kini sudah menular bukan saja ke Tunisia, malah telah merebak ke Yaman dan Algeria.

"Apakah gerakan ini tidak mungkin bangkit di negara ini? Adalah tidak mustahil bagi rakyat untuk bangkit bagi menumbangkan kezaliman dan melenyapkan kemungkaran yang selama ini menodai sistem pemerintahan dalam negara.

"Jangan bimbang dengan Umno dan BN. Mereka kini sudah hampir kepada penghujung jalan. Usia mereka sudah tidak dapat bertahan lama lagi sebagai pemerintah dalam negara ini," ujarnya lagi.

Salahuddin juga menyatakan perubahan juga berlaku di Amerika.

katanya, imej yang dikagumi oleh masyarakat Inggeris bahawa hanya orang kulit putih saja yang boleh menerajui kerusi Presiden di White House juga sudah berubah apabila Obama yang berkulit hitam menerajui kerusi tersebut.

Oleh kerana itu, katanya PAS dan Pakatan Rakyat juga tidak mustahil untuk menjejakkan kaki ke Putrajaya sebagai parti yang layak untuk menggantikan Umno dan BN dalam pilihan raya umum yang akan datang.

Hadir bersama dalam majlis tersebut ialah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan Tantawi, Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Azman Shapawi Abdul Rani dan kepimpinan PAS negeri Kedah. -Hrkh

Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .