Ikuti Blog ini

Isu Pasir - Siapa Pencuri Sebenarnya

Kepada lahanat yang tak habis-habis nak hentak Tan Sri Khalid berkenaan isu pasir Selangor, sila tengok gambarajah di bawah puas-puas ;




Tiada apa yang saya harapkan dari anda-anda yang memandang rendah keupayaan Kerajaan Negeri Selangor di bawah bimbingan Pakatan Rakyat, selain dari membuka hati dan minda untuk bersama-sama mengorak perubahan !

Bayangkan jika kerajaan pusat tidak lagi mengalami ketirisan terancang... pasti rakyat tidak lagi meratap subsidi yang sebenarnya milik sendiri.

Perpaduan Melayu; Supaya Lupa Isu Negara

http://buletinonline.net/images/stories/berita29/bala.gifParti Islam Se-Malaysia (PAS) mengingatkan kepada semua pimpinan dan ahli PAS di semua peringkat jangan terpedaya dengan tektik media Umno untuk menenggelamkan isu negara yang bertimbun-timbun sekarang yang mengambarkan kerajaan yang ditunjangi Umno di negara ini semakin rapuh dan reput. Ketika gelombang krisis keyakinan kepada Umno dan BN di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sedang karam, maka perpaduan Melayu dijadikan sebagai benteng untuk menutup bangkai gajah yang terlalu besar. Slogan 1 Malaysia nampak tidak menjadi dengan gelagat Perkasa dan kenyataan Datuk Nasir Safar.

http://buletinonline.net/images/stories/berita29/TunM_Rasuah.jpgPAS menyedari ini adalah sebahagian daripada tektik media untuk mengalih isu yang sebenar dan melupakan isu pokok yang mencengkam rakyat. Mereka melontarkan isu ini melalui proksi mereka Tan Sri Harussani yang hendak menjadi perantara, untuk menunjukkan bahawa mufti yang mencadangkan perpaduan ini, apabila PAS menolak maka ada peluang untuk menuduh PAS sombong dan angkuh.

Perlu diingat bahawa isu perpaduan Melayu diuar-uarkan ketika rakyat didahulukan dengan kenaikan harga minyak dan kenaikan harga gula pada 16/7/2010. Pemimpin Umno hendak rakyat leka dan berbincang mengenai isu perpaduan Melayu, yang tidak pernah berbangkit langsung dalam mesyuarat tertinggi PAS. Hajat mereka supaya rakyat tidak marah mengenai kenaikan harga minyak dan gula. Perlu dingatkan bahawa gula, tepung dan minyak akan dinaikkan secara berperingkat-peringkat kearah untuk menghapuskan subsidi di negara ini dalam masa 3-5 tahun.

http://buletinonline.net/images/stories/berita29/zahid%20israel.jpgPAS hendak mengingatkan kepada rakyat, bagaimana media diarahkan supaya jangan sama sekali meletakkan tajuk berita “harga barang naik”, ketika ditaklimat pada 15 hb Julai 2010. Sebaliknya media perlu meletakkan “subsidi dikurangkan”, “rasionalisasi”, menstrukturkan semula supaya rakyat yang tidak faham dan ada yang faham harga barang turun. Maka tidak hairanlah kepada kita pada hari ini media proksi Umno memainkan isu perpaduan supaya rakyat lupa isu negara yang begitu banyak dan kenaikan harga barang.

PAS hendak memaklumkan kepada semua ahli dan pimpinan PAS supaya fokuskan kerja kita untuk menggantikan Umno di negara ini. Penerangan dan dakwah kepada ahli Umno yang tidak faham perjuangaan PAS perlu dilakukan secara berterusan, usahkan dilayan segala ajakan dan pujuk rayu Umno untuk melamar PAS, kita biarkan cinta Umno tidak berbalas dan biarkan Umno “angau” seorang diri.

Petunjuk ekonomi negara semakin tertekan dengan kadar faedah pinjaman bank dinaikkan. Bank Negara Malaysia pada 8 Julai lalu menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) bagi kali ketiga tahun ini kepada 2.75 peratus. Susulan itu, bank turut menaikkan Kadar Pinjaman Asas (BLR) dan Kadar Pembiayaan Asas (BFR) masing-masing. Maybank menaikkan BLRnya sebanyak 0.25 peratus kepada 6.30 peratus. Semuanya gara-gara pemimpin negara yang boros dan rasuah sehingga amat dirasai oleh rakyat biasa di negara ini.

http://buletinonline.net/images/stories/berita29/BN1.jpgBegitu banyak isu-isu negara yang mengambarkan Umno sudah tidak mampu mengemudi negara, antaranya peruntukan saham bumiputera lesap sebanyak RM52 bilion, jenayah meningkat, anak luar nikah Melayu sahaja 17,303 orang (2009), enjen kapal terbang hilang, kapal selam berharga RM1.7 bilion tidak boleh menyelam, hutang negara RM362.4 bilion, serah telaga minyak blok L dan M pada Brunei yang bernilai RM320 bilion (kalau perbelanjaan negeri Kedah RM400 juta, dapat belanja selama 700 tahun), terlepas Pulau Batu Putih pada Singapura, Pos Malaysia rugi RM 227 juta, 217 hektar tanah serah pada Singapura, serah 50 peratus kepada Singapura untuk membangun Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI), wang Felda susut daripada RM4.08 bilion 2004 hanya tinggal RM1.35 bilion pada tahun 2009, membazir wang rakyat RM77 juta kepada APCO Israel setahun untuk menjadi penasihat komunikasi.

Isu-isu inilah yang perlu disampaikan kepada rakyat, maka jangan kita hiraukan pujukan Umno melalui proksinya, PAS sudah tegas dengan Pakatan Rakyat. PAS tidak akan mencari nahas untuk untuk mencari pasangan hidup dengan orang yang ada masalah kesihatan yang sukar hendak diubat.

Ustaz Idris Haji Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Lebih baik berpecah dari derhaka kepada Allah

TEMERLOH, 21 Julai: Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, itu PAS lebih rela Melayu berpecah dalam mentaati perintah Allah daripada berpadu dalam mendurhakai Allah.

Dalam kenyataan bertulis yang dihantar kepada Harakahdaily, Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang mempersoalkan, apakah apa yang dibuat oleh Umno sekarang untuk perpaduan bangsa atau Islam.

Beliau dipercayai mengulas usaha yang dibuat oleh Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria yang cuba mengheret PAS agar bersatu dengan Umno atas landasan untuk kepentingan Melayu dan Islam.

Ia dilihat sebagai usaha untuk menyelamatkan Umno yang sedang karam dan cuba untuk menyeret PAS ke arah permasalahan itu.

"Isu perpaduan Melayu kembali bergema. Kali ini ianya melibatkan usaha golongan agama (Mufti) dan kepimpinan Umno," tulis Tuan Ibrahim dalam kenyataannya.

Pelbagai komentar dan pandangan dari pelbagai pihak diambil bagi menyokong usaha perpaduan Melayu ini; sekaligus seolah-olah sesiapa yang tidak inginkan perpaduan Melayu adalah golongan yang bertindak bertentangan dengan kehendak Islam.

Menurutnya, pelbagai ayat Quran dan hadis bergema bagi menyokong usaha ini.

“Sebagaimana biasa PAS menjadi sasaran bilamana dengan tegas menolak hasrat perpaduan dengan Umno,” katanya.

“Isu besar ialah apakah untuk perpaduan bangsa atau perpaduan Islam. Kalau perpaduan bangsa; kenapa hanya Melayu perlu berpadu, bagaimana bangsa lain dalam negara. Apakah kerajaan suka kalau bangsa lain berpecah yang juga akhirnya melemahkan negara,” kata Tuan Ibrahim, bekas pensyarah pengajian Islam UITM itu.

“PAS Menyatakan dengan tegas kita perlu bersatu di atas landasan yang digariskan oleh Allah; iaitu “Bertolong bantulah kamu dalam perkara kebaikan dan taqwa, dan jangan bertolong bantu dalam perkara dosa dan permusuhan”.

“Lantaran itu PAS lebih rela melayu berpecah dalam mentaati perentah Allah daripada berpadu dalam mendurhakai Allah,” kata beliau.

PAS, katanya, tidak akan merelai perpaduan bagi mendokong tindakan yang bertentangan dengan Islam yang ditaja oleh Umno.

“Mereka sanggup menghalalkan perjudian di atas nama kebajikan dan sukan, serta pelbagai penyelewengan. Di saat rakyat tenderita dengan tekanan hidup akibat kenaikan kos hidup, rakyat melihat Umno gagal menjaga bangsa dan agama, maka jangan kegagalan ini disalahkan PAS,” tambah beliau.

Katanya, di saat rakyat menderita dengan tekanan hidup akibat kenaikan kos hidup, rakyat melihat Umno gagal menjaga bangsa dan agama, maka jangan kegagalan ini disalahkan PAS kerana lebih 50 tahun Umno diberi kepercayaan oleh orang melayu Islam.

“Umno membelakangkan soal perpaduan; kelantan terus ditindas bahkan negeri Pakatan Rakyat terus diserang saban waktu. Tangan kiri mengholor perdamaian, tangan kanan terus menekan dan menindas bangsa sendiri.

“Kami tidak mahu memikul pengkhianatan UMNO kepada agama. 50 tahun negara ini tidak pernah merasai berjalannya hukum Allah secara menyeluruh, riba rasuah, pusat maksiat berleluasa sehingga remaja seolah-olah tiada hala tuju,” katanya.

Rakyat miskin, katanya, terus dibeban dengan kenaikan kos hidup; di waktu yang sama syarikat swasta kroni pemerintah terus menikmati subsidi luas biasa seperti IPP (Independent Power Producers).

Syarikat konsesi tol pula tidak dipotong subsidi mereka bahkan pembaziran terus berleluasa.

“Di saat negara berada dalam situasi paling buruk dalam sejarah dengan pelbagai isu besar spt penyerahan Blok L,M kepada Brunei, Tanah KTM di Singapura, Isu kemerosotan dana Felda yang mengejutkan, serta pelbagai gejala social yang berlaku menuntut rakyat membuat perubahan besar; bukan meminta PAS memikul sama kemungkaran ini,” tegas beliau. -Hrkh

Nasi Beriani Arab. Kambing Seorang Seekor Tuu...!!!

Salam,

Begitulah kalau dah kaya........makan pun.... kambing seorang seekor. Memang best.

Tapi harus diingat. Orang yang kaya sampai macam ini.....di akhirat nanti mereka lah orang yang terakhir untuk masuk syurga Allah. Orang lain semua dah masuk syurga....mereka lah yang terakhir kerana lamanya sesi soal jawab akan harta dan wang mereka yang banyak berkoyan-koyan di dunia dan kemana mereka gunakan dan tak tinggal walau satu sen pun.






Bukan tak boleh kaya....boleh dan bagus kalau kaya.
Tapi biarlah kaya kita itu membantu dan menolong masyarakat dan ummah dan mendapat keredhaan Allah.

By Panglima7

Pakat Masuk Pas Bukan Bersatu Dengan Umno

http://buletinonline.net/images/stories/berita29/Idris%20Ahmada.jpgParti Islam Se-Malaysia PAS menolak cadangan Tan Sri Harussani yang hendak menjadi perantaraan antara PAS dan Umno demi perpaduan Melayu di negara ini.

PAS bukan angkuh tetapi itulah hakikat yang berlaku pada hari ini, Umno sudah tidak relevan untuk orang Melayu menjadi tempat berteduh. Parti Umno yang pernah disebut oleh Tun Dr Mahathir sebagai parti yang busuk sampai usus. Sepatutya Tun kena nasihat supaya ahli Umno keluar beramai-ramai masuk PAS.

Apakah logik PAS diseru untuk bersatu dengan Umno, sedangkan mereka mengalami penyakit yang berjangkit iaitu penyakit barah rasuah dalaman parti, penyakit khianat kepada amanah rakyat, tidak bertanggungjawab kepada hasil mahsul negara, penyakit hanya memikirkan kepentingan perut semata-mata, penyakit tidak peduli kepada rakyat dengan menaikkan harga barang.

Apa perlu PAS diajak bersama dengan Umno semata-mata kerana hendak menghulurkan balang oksigen kepada Umno yang semakin kehilangan sokongan terutama Melayu terpelajar dan Melayu yang celik maklumat. PAS memahami tahap sokongan orang-orang Melayu sudah berubah, maka Umno berdendang dengan irama lama iaitu kuasa Melayu terancam. Apabila sudah nyawa di hujung halqum, baru Umno sedar PAS parti Melayu. Sebelumnya Umno tidak pernah memandang PAS, malah angkuh dengan kuasa untuk menindas sesama bangsa.

PAS suka mengingatkan kepada Tan Sri Harussani sebagai seorang mufti, di antara disiplin mufti kena rujuk Al-Quran, hadis, ijmak dan qias dan mengetahui gambaran masalah yang berbangkit barulah boleh keluarkan fatwa. Barulah fatwa yang dikeluarkan itu dihormati oleh orang ramai. Begitu juga dalam hal politik, sebelum beliau hendak mengeluarkan pandangan biarlah buat kajian dahulu, apakah benar kalau PAS dan Umno tidak bersatu kuasa politik melayu terancam.

PAS suka mengingatkan kepada Tan Sri Harussani tolong lihat dulu keputusan pilihanraya 2008, siapa yang khianat kuasa politik Melayu? PAS atau Umno. Macam mana kuasa Melayu boleh hilang kuasa sebab semua kerusi Melayu, PAS akan lawan Umno, kalau Umno kalah, PAS menang, PAS Melayu juga. Mana sifir kuasa Melayu terancam.

Apakah Tan Seri hanya anggap PAS kuda tungangan DAP dan PKR ketika berkongsi kuasa dalam Pakatan Rakyat. Manakah bukti PAS rugi kepada Melayu dan Islam ketika bersama PR. Tapi PAS boleh buktikan banyak tindakan Umno bersama rakan-rakan BN merugikan agama dan bangsa. Tan Seri lupakah yang menutup surau di Seksyen 8 Shah Alam itu dibuat oleh Umno pimpinan Khir Toyo, lupakah Tan Seri yang halau orang melayu di Kg Berembang dan Kg Plentong Pasir Gudang Johor adalah dibawah Umno. Dato Dr Harun Din, Dato Ismail Kamus, al-Marhum Dato Ishak Baharom diburu macam penjenayah kerana hendak menyampaikan ceramah agama ketika Selangor di bawah Umno. Adakah laporan Lim Guan Eng di Pulau Pinang tutup surau sejak memerintah Pulau Pinang

Hakikat yang berlaku Umno yang serah kerusi majoriti melayu kepada bukan melayu. Contohnya Parlimen Bukit Gantang 2004 Dr Lo lo' PAS lawan Tan Lian Hoe (BN) kemudian tahun 2008 Tan Lian Hoe bertanding di Grik melawan Mohd Noor Abd Rahman Pas, Parlimen Tanjung Malim Mohd Azman Marjohan PKR lawan Ong Ka Chuan (MCA), Dun Pasir Panjang Datuk Seri Haji Nizar Pas lawan Dr S Vasan (MIC). Malah dalam usaha hendak menambah kerusi Melayu bertambah, maka PAS bertanding di kerusi pengundi Melayu kurang daripada 50 peratus di Parlimen Kota Raja yang ditandingi oleh Dr Mariah. Ini adalah sebahagian contoh yang dikhianati oleh parti Umno yang menjadi kekasih Tan Seri Harussani.

PAS menyeru kepada ahli Umno yang ikhlas dan sayangkan agama, bangsa dan negara gunakanlah akal yang Allah berikan untuk buat keputusan supaya keluar Umno dan bersama-sama PAS yang sedang bersama membentuk pemetaan politik baru bersama-sama Pakatan Rakyat.Ingatlah Islam selamat, Melayu selamat, bangsa lain selamat, negara pun selamat. Kalau Melayu selamat belum tentu Islam dan negara akan selamat.

Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Saat UMNO BN Berambus Dari Putrajaya Semakin Dekat

Cuci tangan' bertentangan federalisme

Kerajaan negeri Selangor menyesali tindakan kerajaan persekutuan cuba "mencuci tangan" dalam menangani jenayah curi pasir kerana ia bertentangan dengan konsep federalisme.

Setiausaha politik kepada menteri besar Selangor, Faekah Husin dalam satu kenyataan berkata kerajaan negeri juga kecewa dengan sikap pemimpin Umno yang terus memberikan kenyataan salah berkaitan perlombongan pasir dan kecurian mineral itu.

"Tohmahan melulu, silap fakta dan buta undang-undang jelas menggambarkan niat sebenar mereka bukannya untuk menyelesaikan masalah kecurian pasir tetapi hanya mahu menonjolkan diri sebagai jaguh politik kampung.

Tambahnya, kritikan seperti itu boleh dilihat melalui tindakan ADUN Sementa Datuk Abdul Rahman Palil yang mengecam beliau kerana meminta kerajaan persekutuan campur tangan dalam membantu Selangor membanteras pencurian pasir.

"Kita maklum sememangnya budaya politik Umno sentiasa mengikut rentak pimpinan meskipun kenyataan yang diberikan menyimpang dari fakta sebenar dan di luar peruntukan undang-undang."

Namun kenyataan ADUN Sementa itu menunjukkan betapa ceteknya pengetahuan beliau mengenai undang-undang negara ini,"

"Beliau seolah-olah tidak tahu bahawa kuasa pendakwaan terletak di tangan kerajaan persekutuan dan arahan penguatkuasaan hanya boleh dikeluarkan oleh pihak berkuasa persekutuan tanpa perlu merujuk kepada kerajaan negeri," katanya lagi.

Jelasnya, perlembagaan persekutuan dengan jelas memperuntukkan tanggungjawab ke atas kerajaan pusat untuk menjaga keselamatan serta penguatkuasaan undang-undang pihak berkuasa di negeri-negeri.

"Kami yakin kritikan yang tidak berasas ini hanyalah untuk mengalih tumpuan rakyat daripada kejayaan kerajaan negeri mengendalikan perlombongan pasir melalui Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB)."

Kerajaan negeri telah menunjukkan data bahawa melalui KSSB, operasi perlombongan pasir di Selangor dilakukan secara lebih sistematik dengan adanya kawalan pengeluaran pasir serta memastikan pelombong pasir mematuhi peraturan alam sekitar," katanya lagi.

Tambahnya, hasi daripada pasir tersebut yang meningkat sehingga RM15.3 juta sehingga pertengahan tahun ini, digunakan kerajaan negeri untuk membiayai program kebajikan termasuk Tabung Warisan Anak Selangor dan Hadiah Anak Masuk Universiti.

"Sebelum ini rakyat tidak pernah merasai hasil sumber alam ketika BN memerintah Selangor selama lebih 50 tahun," katanya lagi. -MK

UMNO BN semakin hari semakin kalut untuk menyelamatkan kuasanya yang semakin pupus sehingga melupakan tanggungjawab federalismenya kepada negeri-negeri yang diperintah walaupun oleh Pakatan Rakyat.

Justeru itu, hukum alam akan berjalan, yang tidak menjalankan tanggungjawab, yang zalim, yang kejam akan segera tercampak ke lembah kehinaan dan kekalahan.

Walau ditahan macamana sekalipun hukum pasti berjalan. Masa untuk UMNO BN berambus dari Putrajaya semakin hampir. -GB

4 JUTA RAKYAT MALAYSIA KETAGIH ROKOK


KUALA LUMPUR: Kira-kira empat juta rakyat Malaysia, atau 21.5 peratus daripada jumlah penduduk dewasa ketagihan merokok dengan sekurang-kurangnya satu daripada dua lelaki dikenal pasti sebagai perokok, menurut Kajian Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan.

Statistik tersebut menunjukkan 30 peratus kematian akibat kanser dan 90 peratus daripada penyakit paru-paru kronik di negara ini adalah disebabkan tabiat merokok.

Naib Presiden dan Pengurus Besar (Asia Selatan) GlaxoSmithKline Consumer Healthcare Sdn Bhd (GSK), Akhil Chandra berkata, tabiat buruk itu menjadi punca utama banyak masalah kesihatan di negara ini.

"Selain membazirkan wang, merokok membahayakan kepada kedua-dua perokok dan sekunder," katanya kepada pemberita selepas melancarkan produk terbaru GSK, Niquitin di pada Selasa.

Hadir sama Pengarah Institut Perubatan Respiratori, Datin Dr Aziah Ahmad Mahayiddin dan Profesor Madya Dr M. Haniki Nik Mohamed dari Initiative of Malaysian Health Professionals’ Alliance on Cessation of Tobacco (Impact).

Sehubungan itu, Akhil berkata Niquitin boleh membantu perokok menghentikan tabiat mereka itu.

Aziah yang juga merupakan Presiden Impact berkata, produk tersebut dapat membantu usaha kerajaan untuk mengurangkan jumlah perokok.

Haniki pula berkata kajian menunjukkan perokok yang menggunakan Niquitin mengalami simptom enggan merokok yang minimum. -(mstaronline)

Harusani..Bertaubatlah


Wooi Harusani..udah-udah le berbohong..

PAS pertahan Harussani berbohong, cabar dedah identiti wakil

KUALA LUMPUR, 21 Julai — PAS masih mempertahankan yang pihaknya tidak pernah menghantar wakil rasmi untuk menemui Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria agar menjadi orang tengah mengaturkan pertemuan penyatuan Umno-PAS.

Sehubungan itu, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar mencabar Harussani agar mendedahkan nama pemimpin parti itu yang didakwa menemui beliau berhubung isu idea perundingan menyatukan Umno-PAS.

"Sekali lagi kami hendak mengatakan yang kami tidak menghantar dan tidak pernah memutuskan perkara ini... tidak, tidak ada orang, tiada keputusan parti.

"Semua pemimpin PAS sedar perkara (pendirian parti) ini, kami yakin mereka tidak akan bekerja bersendirian. Sebab itu saya minta Tan Sri Harussani mendedahkan nama mereka jika benar ada wakil PAS jumpa beliau," kata Mahfuz.

Mahfuz masih mendakwa Harussani digunakan oleh Umno untuk mencetuskan isu semasa ini, sekali gus menimbulkan kesangsian di kalangan komponen Pakatan Rakyat terhadap kepimpinan PAS kononnya berminat untuk berbincang dengan Umno.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu berpendapat bahawa perkara itu sengaja direka-reka untuk mencetuskan suasana tidak kondusif dalam hubungan komponen Pakatan Rakyat.

Dalam siri respons dan reaksi, Harussani semalam menafikan dakwaan Mahfuz dan seorang lagi naib presiden Salahuddin Ayub kononnya beliau membuat fitnah serta melakukan satu pembohongan berhubung adanya pemimpin PAS dan Umno yang menemuinya untuk mendapatkan pandangan bagi menyatukan kedua-dua parti itu.

"Saya seorang mufti takkanlah saya nak membohong, cuma saya tak nak sebut nama orang yang bertemu dengan saya itu....jadi saya tidak membohong. Dia nak tuduh saya membohong itu dia punya pasal.

"Yang penting dia seorang Islam atau tidak...berjuang atas nama Islam atau tidak, kenapa nak bersekongkol dengan yang lainnya," katanya.

Salahuddin dan Mahfuz kelmarin menuduh Harussani membuat fitnah serta melakukan pembohongan bahawa terdapat pemimpin Pas dan Umno yang menemuinya untuk mendapatkan pandangan bagi menyatukan Umno dan PAS.

Dalam kenyataan berasingan yang diemelkan, Mahfuz berkata PAS sekali lagi menegaskan tidak akan bekerjasama dengan Umno yang menjadi sekutu Yahudi.

Kata beliau, Umno secara jelas melalui pemimpin utamanya yang menguasai kerajaan pusat telah melantik firma APCO, yang merupakan proksi kepada gerakan Zionis antarabangsa yang menjaga kepentingan politik Israel dan Amerika sebagai penasihat kerajaan Umno-BN.

"Perbuatan ini satu pengkhianatan kepada perjuangan umat Islam dan rakyat Palestin. Kerajaan Umno-BN juga menjalinkan hubungan perdagangan secara rahsia dengan negara haram Israel dan ini membantu memperkukuhkan ekonomi Israel," katanya.

Sehubungan itu kata beliau, PAS sekali kali tidak akan mengkhinati perjuangan umat Islam dan rakyat Palestin.

"PAS kesal dengan tindakan kerajaan Umno/Bn yang menikam dari belakang ke atas umat Islam dan rakyat Palestin. Bantuan dihulur untuk rakyat Palestin dalam masa yang sama membantu pengukuhan ekonomi negara haram Israel.

"PAS akan terus memperkukuhkan hubungan dan kerjasama dalam Pakatan Rakyat bagi membina Malaysia baru dan terus melindungi Islam dan apa sahaja yang berkaitan dengan Melayu dan Bumiputera yang terdapat dalam perlembagaan persekutuan, di samping menjamin hak semua kaum turut dilindungi dengan menjadikan prinsip keadilan sebagai teras pembangunan sesuai dengan Islam sebagai agama pembawa rahmat seluruh alam," kata Mahfuz.

Katanya, PAS juga mahu seluruh umat Islam dan orang Melayu supaya tidak terperangkap dengan agenda politik murahan Umno yang memukul gendang perpaduan.

"Inilah agenda Umno pada setiap kali sesak nafas dia akan meminta oksigen dari PAS. Terima kasih pada Tan Sri Harussani yang bijak membuat bacaan politik bahawa kuasa politik Melayu Umno akan hilang.

"Kenyataan beliau menambah keyakinan PAS untuk mengambil tempat Umno dan memberi harapan baru kepada umat Islam dan bangsa Melayu bahawa tanpa Umno umat islam dan bangsa Melayu mampu berdiri megah dan gagah untuk muncul dengan kuasa baru politik bersama semua kaum di bawah payung Pakatan Rakyat," katanya lagi.

Kuota 30% Bumiputera Telah Dihapuskan. UMNO Juga Bakal Hapus....

Kuota 30% saham bumiputera telah dihapus, Nor Mohd Yakcop

Kuota 30% saham bumiputera telah dihapuskan, kata Menteri Jabatan Perdana Menteri Nor Mohamed Yakcop dalam satu wawancara eksklusif bersama Nanyang Siang Pau, yang disiarkan pada hari ini.

Dalam wawancara tersebut, Menteri yang menerajui Unit Perancang Ekonomi (UPE) dan Unit Kerjasama Awam dan Swasta ini menegaskan bahawa kerajaan telah membuat penyelarasan, untuk melihat kuota 30% saham bumiputera dari perspektif makro. Kerajaan berharap bumiputera yang mencakupi 60% populasi Malaysia, mampu menguasai sekurang-kurangnya 30% saham dalam ekonomi secara keseluruhannya, dan bukannya tertakluk kepada setiap syarikat.

"Kami tidak lagi tegas, bahawa setiap syarikat, misalnya kedai gunting rambut, mesti memiliki 30% saham bumiputera. Kami melihat isu ini secara makro. Kami tidak harap setelah negara kita mencapai matlamat negara maju, bumiputera yang mencakupi 60% populasi masih gagal memiliki 30% saham," jelas Nor Mohamed Yakcop.

Beliau berkata, kenyataan kerajaan dalam Model Ekonomi Baru (MEB) bahawa dasar afirmatif tidak akan dimansuhkan, menjurus kepada salah tanggapan sesetengah pihak bahawa syarikat tersenarai mesti mematuhi syarat 30% saham bumiputera.

Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Najib Abdul Razak telah mengumumkan dasar yang terbuka untuk pelaburan asing pada Jun 2009, termasuk melonggarkan kawalan, dan memberi laluan kepada syarikat tersenarai agar tidak perlu mematuhi kuota 30% saham bumiputera.


Bagaimanapun, masih ramai peniaga Cina yang tidak memahami dasar ini, lantas mengekalkan status syarikat sendiran berhad kerana khuatir bahawa syarikatnya perlu memenuhi kuota 30% saham bumiputera jikalau diubah status menjadi syarikat tersenarai, menurut laporan Nanyang Siang Pau. -MR

Sekarang siapa sebenarnya yang menjadi pengkhianat bangsa jika bukan Najib dan UMNO?

Ia adalah langkah terdesak Najib dan UMNO untuk meaih sokongan kaum bukan Melayu terhadap BN.

Pun kita akan saksikan, bukan-Melayu tidak berkeinginan menyokong BN lagi.

Tanpa kuota 30%, yang bakal terhapus juga ialah UMNO - parti yang hidupnya selama ini bergantung kepada kuota itu. -GB

Wakil kementerian 'hilang', Abu Zahar berang

Kekosongan kerusi yang sepatutnya dipenuhi wakil dari kementerian di Dewan Negara hari ini mendapat perhatian Yang Dipertua, Tan Sri Abu Zahar Ujang yang mahu wakil kerajaan berada di dalam dewan itu ketika mesyuarat berlangsung.

"
Saya sudah suruh wakil dari kementerian untuk duduk di dalam dewan. Tapi ini apa? Saya mahu ini direkodkan. Dewan ini adalah dewan yang mulia. Tadi menteri cakap, sekurang-kurangnya timbalan menteri perlu ada dan pegawai-pegawainya perlu ada. Sekarang ini kita bercakap dengan siapa?

"Kita sedang membahaskan isu yang penting. Kalau menteri tidak hadir, timbalan Menteri diminta hadir. Saya hendak tentukan perkara ini tidak akan berlaku lagi," katanya.

Sebelum itu, Senator Datuk Rizuan Abdul Hamid yang sedang membahaskan Rancangan Malaysia Ke-10 meminta supaya kementerian berkaitan mengambil perhatian terhadap cadangan yang dikemukakannya.

Bagaimanapun selepas menyedari bahagian tempat duduk yang diperuntukkan untuk pegawai dari kementerian kosong, Abu Zahar mencelah dan bertanya di mana wakil kementerian terbabit berada.

Jawapan Rizuan bahawa mereka mungkin berada di luar menyebabkan Abu Zahar menegaskan semua wakil kementerian harus berada di dalam dewan ketika persidangan berlangsung.

Senator Datuk Musa Sheikh Fadzir turut bangun mencelah dan memaklumkan kepada persidangan bahawa beliau mendapati cuma seorang timbalan menteri sahaja yang berada di dalam dewan itu.

"Saya sokong Yang DiPertua dan saya hanya nampak seorang sahaja timbalan menteri yang ada," katanya.

Teguran Abu Zahar menyaksikan beberapa wakil kementerian memasuki dewan tersebut selang beberapa minit kemudian. - Bernama

DAP bersama PAS kerana Amal Makruf Nahi Mungkar- YB Nga Kor Ming



'DAP bersama PAS kerana Amal Makruf Nahi Mungkar' Demikian antara kata-kata yang menarik yang telah diungkapkan oleh Ahli Parlimen Taiping, YB Nga Kor Ming ketika berceramah di Markas Pas Pengkalan Pegoh sebentar tadi.

Kata- kata beliau amat memukau hadirin yang hadir. YB Nga menyampaikan ceramah dengan penuh semangat dan kata-katanya amat menarik. Beliau telah menceritakan isu-isu hangat di dewan parlimen dan isu- isu yang sedang hanagat diperkatakan ketika ini seperti barang naik, lesen judi dan isu perkauman pemimpin UMNO/BN.

Beliau menyampaikan ceramah bersama- sama Menteri besar pilihan rakyat Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin dan AJK Pas Pusat Sdr Mazlan Aliman.


Mana Bukti Saya boneka DAP- DS Nizar


ini adalah satu isu yang telah disampaikan oleh DS Nizar. Beliau mengatakan bahawa Pemimpin UMNO yang mengfitnah beliau sebagai boneka DAP tidak menjawab soalan beliau. Semua pemimpin UMNO terkedu dan tidak menjawab ketika ditanyakan soalan tersebut di parlimen.




Sdr Mazlan Aliman menekankan ceramah mengenai isu Felda


Bakal YB ganti Hamidah, Ustaz Radzi


Pemimpin Rakyat


Sdr Mazlan melayani penyokong Pas


mendengar masalah rakyat


beramah mesra sebelum pulang


DS Nizar pulang
Sumber

Melayu lebih mulia tanpa Umno

Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .