Ikuti Blog ini

Sekitar Demo Tengahari tadi

Di perkarangan Masjid Negeri Sultan Idris Shah 11, Ipoh Perak
1000 rakyat Perak hadir
Hadapan Masjid Jamek Kuala Lumpur
di Masjid Jamek, Kajang
Hadapan Masjid Pengadang Baru Jalan Kuala Berang Kuala Terengganu,1000 hadir.

Rakyat 5 negeri bangkit bantah lesen judi bola sepak

PETALING JAYA : Tindakan kerajaan meluluskan lesen judi bola sepak menyebabkan rakyat hari ini bangkit bersuara membantah keputusan itu selepas solat Jumaat di beberapa kawasan masjid di lima negeri.

Bantahan yang dianjurkan Pemuda PAS Pusat itu dilakukan di Selangor, Perak, Terengganu, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan bagi membantah pemberian lesen judi bola sepak sempena Piala Dunia Jun ini terhadap Kumpulan Berjaya.

Di Perak, difahamkan kira-kira 1,000 orang, termasuk pemimpin Pakatan Rakyat lain, bukan Islam dan NGO berkumpul di perkarangan Masjid Negeri Sultan Idris Shah 11, Ipoh, selepas solat Jumaat kira-kira jam 2 petang tadi.

Antara slogan yang dilaungkan termasuklah "tarik balik lesen judi bola", "Najib bapa judi" dan "hancur Umno".

Menurut penganjur, himpunan bagaimanapun sedikit terganggu apabila polis mengarahkan agar himpunan tersebut di hentikan.

Beberapa pergelutan juga dilaporkan berlaku sewaktu polis cuba menyuraikan peserta himpunan.

Bantahan secara aman

Bantahan kemudiannya bersurai secara aman sekitar jam 2.30 petang tadi tanpa sebarang tangkapan dibuat.

Sementara itu, di masjid di Kuala Terengganu, perhimpunan difahamkan berjalan lancar selama kira-kira 45 minit selepas solat Jumaat.

Perhimpunan itu juga diisi dengan ceramah ringkas, antaranya bagi menegaskan bahawa mereka akan terus memperjuangkan penghapusan lesen judi sukan sehingga pilihan raya umum yang akan datang.

Keadaan berbeza di Selangor apabila bantahan Pemuda PAS dijalankan hanya di peringkat kawasan, tetapi diadakan serentak dan tidak mendapat begitu banyak sambutan seperti yang disasarkan.

Di Kajang, hanya seramai 100 orang menyertai demonstrasi di Masjid Jamek selepas solat Jumaat.

Bagaimanapun menurut Naib Ketuanya, Mohd Sani Hamzan, demonstrasi hari ini hanya untuk memberi penerangan kepada masyarakat mengenai tindakan kerajaan meluluskan lesen pertaruhan.

“Sebenarnya hari ini kita hanya memberikan penerangan kepada masyarakat sahaja sebab itu tidak ramai yang hadir.

“Lagipun kita hanya menyasarkan kepada jemaah masjid sahaja,” katanya.

Pemuda PAS hari ini menganjurkan perhimpunan di lima negeri sebagai ‘pemanas badan’ sebelum perhimpunan besar-besaran di Kuala Lumpur pada 3 Julai bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.






1000 sertai himpunan bantah judi di Perak

IPOH, 21 Mei: Sekurang-kurangnya 1000 Rakyat Perak hari ini melahirkan bantahan terhadap kelulusan lesen judi bolasepak sempena Piala Dunia Jun ini di Masjid Negeri Sultan Idris Shah 11, Ipoh selepas solat Jumaat tengahari tadi.

Himpunan bantahan tersebut telah dianjurkan oleh Pemuda PAS Perak dan turut disokong beberpa badan bukan kerajaan NGO lain..

Antara pimpinan yang hadir berucap ialah Timbalan Pengerusi PKR Perak, Dr Lee Boon Chye, Ketua Pemuda PAS Perak, Zawawi Hassan, Ketua Angkatan Muda PKR Perak, Abdul Yunus Jamhari, dan Yang Dipertua ABIM Perak, Haji Suhaimi Latip.

Pimpinan Pemuda Pemuda PAS Perak; pimpinan Angkatan Muda PKR Perak dan pimpinan Badan Bukan Kerajaan antara yang turut bersama dalam himpunan tersebut.

Bagaimanapun pimpinan Pemuda Umno dan yang lain tidak hadir beiarpun jemputan rasmi oleh Pemuda PAS Perak dibuat sebelum ini.

Menurut penganjur, himpunan bagaimanapun sedikit terganggu apabila pihak Polis mengarahkan agar himpunan tersebut di hentikan.

Beberpa pergelutan juga dilaporkan berlakusewaktu pihak polis cuba menyuraikan peserta himpunan.

Bantahan kemudiannya bersurai secara aman sekitar jam 2.30 tadi tanpa sebarang tangkapan dibuat. -Hrkh

Ranking Casino Dunia...kita ranking nombor 1



Ranking Casino DuniaTop-10
largest casinos by number of employees
1.) Casino de Genting (PAHANG) – 13,000
2.) Foxwoods Resort Casino (Connecticut) – 10,220
3.) Mohegan Sun Casino (Connecticut) – 10,000
4.) Bellagio (Las Vegas) – 9,700
5.) MGM Grand (Las Vegas) – 9,000 T-
6.) Mandalay Bay (Las Vegas) – 8,000 T-
7.) Sands Macao (China) – 8,000
8.) Caesar's Palace (Las Vegas) – 7,500
9.) Borgata (Atlantic City) – 7,000
10.) Atlantis Resort and Casino (Bahamas) – 6,500

Pergh. Nak bangga ke tak ni? kita nombor 1 dolll!!! Semoga Allah menyayangi kita dan berdoalah kita jauh dari bala bencana malapetaka!!

Air mata berlinangan mendengar ceramah Mat Sabu

"Kami orang PAS menghormati anutan agama lain. Kami tak boleh paksa orang mengikut adat kami. Kalau kamu (bukan Islam) nak minum arak, minumlah! Kamu nak makan babi, makanlah! Saya tak boleh halang..."

Demikianlah kata-kata pemimpin PAS Mohamad Sabu (gambar kanan), yang mungkin tidak asing untuk komuniti Cina di Semenanjung Malaysia yang pernah mengikuti ceramahnya, tetapi sesuatu yang bukan sahaja baru, tetapi terharu buat penduduk Cina di Sibu, Sarawak.

Semasa Mohamad Sabu berucap di Sungai Merah, berkempen untuk DAP dalam PRK Sibu, seorang wanita Cina didapati berlinangan air matanya mendengar kata-kata ini. Wong Shu Qi, wartawan MerdekaReview menceritakan pemerhatian seorang jurugambar, ketika berkongsi pengalamannya dalam satu forum bertemakan PRK Sibu, semalam.

Forum yang dianjurkan bersama oleh MerdekaReview, Jawatankuasa Sosial-Ekonomi Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor semalam menarik kira-kira 100 orang hadirin. Selain Wong Shu Qi, barisan ahli panel termasuklah ahli parlimen Batu-PKR Tian Chua, ADUN Teratai-DAP Jenice Lee, dan Penyelaras Sibu Election Watch (SEW) Ong Boon Keong.

Perubahan suasana politik

Suasana politik yang berbeza antara Malaysia Timur dan Barat mungkin antara faktornya SUPP memainkan semula isu "Negara Islam" di kalangan komuniti Cina-bukan Islam, biarpun isu ini terbukti hilang mujarabnya setelah dicuba MCA di Semenanjung, semasa dan selepas PRU ke-12.

Untuk beberapa hari SUPP cuba mengasak isu ini kepada DAP, namun serangan ini berjaya dipatahkan apabila pemimpin PAS seperti bekas Menteri Besar Perak, Mohd Nizar Jamaluddin, Mohamad Sabu dan lain-lain tampil untuk meredakan keresahan dan keraguan komuniti Cina-bukan Islam.

Sesungguhnya, suasana politik Sibu diselubungi ketakutan, lantaran kawalan sosialnya yang begitu ketat, bukan sahaja perisik di merata tempat, tetapi jalinan hubungan yang rapat dalam komuniti tersebut sehingga hilang kerahsiaan peribadi. Penduduk didapati masih bersikap dingin terhadap politik, takut diambil gambar dan menyatakan pendirian secara terbuka, kata Wong Shu Qi (gambar kiri).

Namun demikian, keadaan berubah sedikit demi sedikit sebagaimana yang diperhatikan dalam PRK Sibu ini. Jenise Lee berkata, biarpun ramai pengundi yang menunjukkan sokongan terbuka mereka kepada SUPP, tetapi mereka sebenarnya menyokong DAP-PR secara senyap-senyap ketika memangkah undi. Malah, Lim Kit Siang yang 10 tahun lalu perlu disorok di hotel sebelum dan selepas ceramah, kini lebih disenangi dan disambut mesra oleh penduduk tempatan. Untuk Berita Penuh Klip Sini.

Sistem Kehakiman Negara Yang Bobrok Runtuhkan Istana Keadilan

Mahkamah Menyebelahi SPRM Boleh Siasat Selepas Waktu Pejabat

PUTRAJAYA 20 Mei - Mahkamah Persekutuan sebulat suara memutuskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia boleh menyoalsiasat saksi selepas waktu pejabat.

Dengan itu keputusan yang diambil tiga hakim yang bersidang sekaligus mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang sebelum ini menolak keputusan Mahkamah Tinggi.

Sehubungan itu mahkamah juga mengarahkan kos kepada SPRM dalam saman yang difailkan oleh ahli majlis perbandaran Kajang, Tan Boon Wah.


SPRM boleh soal siasat luar waktu pejabat

Mahkamah Persekutuan hari ini mengisytiharkan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) boleh menyoal-siasat saksi melebihi waktu pejabat.

Dalam keputusan sebulat suara oleh tiga hakim yang bersidang, mereka mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang sebelum ini menolak keputusan Mahkamah Tinggi.

Mahkamah Persekutuan juga mengarahkan kos RM20,000 dibayar kepada SPRM dalam saman yang difailkan oleh ahli majlis perbandaran Kajang, Tan Boon Wah (atas, kiri).

Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Wira Mohd Ghazali Mohd Yusof, yang bersidang bersama-sama Hakim Datuk Abdull Hamid Embung dan Hakim Datuk Heliliah Mohd Yusof, berkata penghakiman secara bertulis akan dikeluarkan dalam tempoh terdekat.

Ia mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan pada 17 Disember, 2009, mengenai tafsiran Seksyen 30(3)(a) dan 30(1)(a) Akta SPRM 2009 bahawa pemeriksaan ke atas saksi tidak boleh dihadkan kepada waktu bekerja sahaja dan penyiasatan boleh dilakukan pada bila-bila masa yang diperlukan.

Pada 12 Januari, Tan memperoleh kebenaran untuk mencabar keputusan yang membatalkan keputusan Makkamah Tinggi pada 19 November, 2009, bahawa SPRM hanya boleh menyoal siasat saksi antara 8.30 pagi dan 5.30 petang.

Tan, 40, telah menyaman Ketua Pesuruhjaya SPRM ketika itu, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan, penolong superintenden SPRM, Mohammad Hassan Zulkifli, dan SPRM mendakwa penahanannya dan disoal siasat selama 16 jam semalaman pada 15 Julai tahun lalu oleh SPRM adalah menyalahi undang-undang -MK

Mahkamah Persekutuan? Oh, masyarakat berpersepsi bahawa ia adalah badan pegesah kepada kehendak dan keputusan Peguam Negara yang membuat keputusan demi kepentingan kerajaan UMNO dan BN. Bukan untuk kebenaran dan keadilan.

Ada beberapa kes terpilih yang mana Pakatan Rakyat atau mana-mana individu yang melawan institusi kerajaan akan PASTI ditewaskan apabila ianya sampai ke penal Mahkamah Persekutuan. Diantaranya kes Perak, kes liwat DSAI, kes melibatkan SPRM, kes melibatkan SPR, kes melibatkan PDRM.

Buka semula penghakiman kes-kes berkenaan Mahkamah Persekutuan, jika anda rasa GB tidak berkata benar.

Dan ingat juga kes correct, correct, correct. Si hakim bedebah yang membaca kertas penghakiman yang disediakan oleh peguam yang terlibat di dalam kes yang dibicarakan masih lepas bebas dan tidak diambil sebarang tindakan.

Jadi, keseluruhan sistem kehakiman negara sebenarnya bobrok. Rakyat tidak dapat mengharapkan kebenaran dan keadilan dari Istana Keadilan (Palace of Justice) lagi. Istana Keadilan bakal runtuh akibat hakim-hakim durjana ini.

TUKAR KERAJAAN SEGERA UNTUK MEMBEBASKAN INSTITUSI KEHAKIMAN NEGARA. -GB

ADUN Pandungan naik bot ke sidang DUN

ADUN Pandungan dari PKR Dominique Ng - yang digantung dari menghadiri sidang DUN kelmarin - hari ini menggunakan bot untuk mengikuti perbahasan dalam sidang DUN.

Beliau berbuat demikian setelah dihalang oleh polis dalam satu sekatan jalan raya dalam hujan lebat kira-kira jam 9 pagi tadi, satu kilometer dari bangunan DUN.

Sehubungan itu, beliau menggunakan bot Penambang untuk menyeberangi Sungai Sarawak tetapi kecewa lagi apabila mendapati pintu masuk ke bangunan itu berkunci.

"Saya mahu mengikuti perbahasan dari galeri awam sekalipun saya digantung selama setahun. Bagaimanapun, semua ini mengarut apabila polis membuat sekatan jalan raya bagi menyekat kami untuk memasuki bangunan itu kira-kira satu kilometer.

"Mereka tidak menahan saya kerana mereka adalah polis bantuan tetapi saya disekat dan basah kuyup dalam keadaan hujan yang lebat," katanya.

Selain Dominique Ng, seorang lagi rakan Pakatan Rakyat yang digantung Selasa lalu adalah Chong Jen Jien (DAP-Bandar Kuching).

Semalam ADUN Maradong Ting Tze Fui (kanan) juga dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan, dewan Undangan Negeri Sarawak berhubung satu kenyataan yang dibuatnya November lalu.

Ting akan dihadapkan ke jawatankuasa itu Jumaat ini berikutan usul yang diluluskan oleh Menteri Kewangan Kedua Sarawak, Datuk Wong Soon Koh pada persidangan DUN hari ini.

Ting berkata dia diheret ke jawatankuasa itu kerana menuduh kerajaan Sarawak menyalah-gunakan dana negeri ketika perdebatan mengenai bajet negeri pada November lalu. -M'kini

Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .