Ikuti Blog ini

Lagi pengakuan ikhlas pemimpin umno...Tun Daim Zainuddin.


KUALA LUMPUR, 16 Sept: 80 peratus dari golongan muda tidak menyokong Barisan Nasional (BN), kata bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin.

Para siswazah menganggur, kebanyakannya Melayu, akhirnya terlibat dengan politik dan mereka menyertai PAS akibat rasa marah kepada kerajaan kerana tidak mempunyai pekerjaan, kata bekas Bendahari Umno itu di dalam temubual dengan China Press Ahad lalu.

Menurut beliau, keadaan sedemikian berlaku kerana kerajaan tidak memupuk bakat yang sepatutnya untuk kehendak pasaran.

Dalam temubual tersebut yang disiarkan oleh The Sun Online Ahad lalu, Daim berkata, universiti-universiti tidak menawarkan kursus-kursus yang menepati dengan kehendak industri mengakibatkan banyak siswazah tidak mempunyai pekerjaan disebabkan apa yang mereka pelajari tidak memenuhi kehendak pasaran pekerjaan.

Beliau berkata, bukan sahaja golongan muda yang menentang kerajaan, malah kira-kira sejuta dari tiga juta ahli Umno juga tidak mengundi parti itu.

Menurut beliau, ramai ahli Umno yang hilang keyakinan kepada parti itu dan para pemimpinnya.

"Politik wang rasuah adalah masalah terbesar yang dihadapi oleh parti itu," katanya.

Di luar Umno pula, Daim percaya, perpecahan di dalam MCA akan menjejaskan kerjasama dan reformasi di dalam BN.

Rakyat, katanya, tidak menghormati mana-mana parti yang berpecah.

Manakala perubahan di dalam BN pula, katanya, terlalu perlahan untuk memenuhi kehendak rakyat.

"Rakyat mahu melihat perubahan, sama ada di dalam BN atau Pakatan Rakyat (PR), siapa yang lebih dahulu berjaya melaksanakan reformasi akan memenangi sokongan mereka," katanya.

Mengenai kemelut Zon Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ), Daim berkata: "Kerajaan mesti menghukum kesemua yang melanggar undang-undang, hanya dengan cara itu ia boleh mengembalikan keyakinan umum".

Pada masa lalu, katanya, rakyat tidak melihat mereka yang menyalahgunakan kuasa dihukum.

Mengulas mengenai PR, beliau menyifatkan pakatan itu mengecewakan rakyat.

Rakyat, katanya, menaruh harapan yang tinggi kepada PR tetapi kerajaan negeri-negeri yang dikuasai PR terus memainkan peranan sebagai pembangkang.

"Jangan buang masa melemparkan tuduhan kepada BN, kamu adalah pakatan yang memerintah (di negeri-negeri yang dikuasai PR), kamu sepatutnya memfokuskan kepada usaha untuk menunaikan janji-janji pilihan raya kamu"

Beliau berkata, rakyat mula melihat bahawa PR tidak boleh melakukan dengan lebih baik berbanding BN, walaupun diberi peluang.

Itulah kekecewaan terbesar rakyat, katanya.

Bersama MU Palestin di Dewan Bandaran Ipoh


Masyarakat Islam di sekitar bandaraya Ipoh telah datang berpusu-pusu ke Dewan Bandaran Ipoh malam tadi selepas solat terawih kerana mahu mendengar perkembangan Palestin daripada mulut mantan imam Masjidil Aqsa , Dr Shaikh Muhammad Siyyam.

Majlis tersebut adalah dibawah anjuran badan Ngo Islam yang berpusat di Ibu Negara, Muslim Care.

Sebahagian daripada para hadirin

Menurut jurucakap badan tersebut, surat jemputan kepada badan-badan politik Islam telah di sampaikan, namun yang hadir hanyalah pemimpin-pemimpin daripada PAS dan PKR sahaja.

Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak,
DS Muhammad Nizar turut hadir

Dr Muhammad menerangkan bahawa rakyat Palesti kini terbahagi kepada dua kumpulan ; pertama kumpulan Sekular, dan yang kedua kumpulan Islam.

“Kumpulan Islam yang dikenali dengan Hammas kini menjadi sasaran serangan Zionis Israel setelah mereka gagal menghapuskan perjuangan Hammas dengan harta benda dan sekatan ekonomi,”katanya.

Menurutnya, pada mulanya Yahudi menyangka Hammas adalah seperti askar-askar Arab yang lain yang mudah di kalahkan dalam beberapa hari sahaja.Mereka berputus asa lalu berundur dari Gaza dan tidak masuk hingga ke hari ini lagi.

Yahudi terpaksa menggunakan segala kekuataan ketenteraan yang ada pada mereka dengan sokongan dan bantuan Amerika.

Dilaut, mereka gunakan kapal perang, di udara mereka gunakan kapal terbang dan di darat mereka gunakan kereta kebal.

Mereka menyerang dan memusnahkan hospital, rumah-rumah kediaman awam dan sekolah-sekolah menyebabkan banyak nyawa yang terkorban dan tercedera.

“ Namun, kami akan terus mempertahankan Negara kami.kami tidak akan lari meninggalkannya,” jelanya lagi dengan penuh semangat.

“Kami latih dan mempersiapkan setiap anak-anak muda kami untuk menjadi pejuang.Kami hantar mereka mengaji Quran disekolah-sekolah, dirumah-rumah dan dimana-mana sahaja mereka berada,” katanya.

Ust Azizan Desa mewakili Dewan Ulama PAS Perak
menyampaikan derma RM33 ribu

Bercakap tentang Obama, Shaik Dr berkata, “Tiada bezanya antara Obama dan Bush.Bezanya hanyalah seperti adanya kereta hitam, kereta putih, kereta merah dan umpamanya. Obama menghalang penyaluran bantuan kepada Palestin dengan menekan negara Mesir.”

Sdr Salman mewakili Dewan Pemuda PAS Perak dengan hasil kutipan RM5 ribu

“Tiada bezanya ; Obama sama seperti Bush , mereka membunuh ummat Islam dengan kejam,” katanya.

Seorang Petugas dari Bangladash turut membantu mengutip derma

Pada malam tersebut turut dilancarkan kutipan kilat derma Bersama mu Palestin. Diakhir majlis tersebut, beliau kelihatan begitu gembira dan terharu bila menerima beberapa sumbangan derma untuk perjuangan Palestin daripada orang ramai dan beberapa badan setempat.

Wakil Dewan Pemuda PAS Gopeng, Sdr Zaizi
sedang menyampikan derma RM2 ribu

Harapan Untuk Melihat UMNO Berkubur Semakin Nyata

Harapan sejak tahun 60an lagi untuk melihat Umno terkubur semakin menjadi realiti.

Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, parti yang bersikap perkauman seperti Umno tidak mustahil untuk mati kerana tiada satu jaminan pun oleh sesiapa sahaja bahawa perjuangan perkauman akan kekal sepanjang zaman.

Beliau berkata demikian sebgai mengulas kenyataan bekas Presiden Umno,Tun Dr. Mahathir Mohamed bahawa Umno akan terkubur sekiranya permasalahan yang melanda tidak dapat diselesaikan segera.

"Umno mesti mati kerana hidup mereka hanyalah dibuat-buat. Mereka tolak Islam, guna sekular, kalau lawan sama-sama sekular boleh lah tahannya, tetapi kalau parti mana sekalipun yang lawan Islam, ia tak akan bertahan lama."

"Islam milik Allah sedangkan perjuangan bangsa Melayu bukannya boleh dibawa ke akhirat, hanya Islam akan sampai ke sana" ujar beliau.

Katanya, hanya PAS parti yang mengambil Al-Quran dan Sunnah sebagai asas perjuangannya, dan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib bahawa Umno juga memperjuangankan Islam bukan sesuatu yang luar biasa.

Kenyataan sedemikian juga katanya boleh digunakan parti lain dalam komponen BN, namun realitinya Umno memperjuangkan Melayu, MCA Cina dan MIC memperjuangkan kaum India.

Tetapi PAS katanya, memperjuangkan Islam yang melampaui batas perkauman sempit tersebut.

Keadilan perjuangan Islam itu katanya telah menarik kaum bukan Islam untuk bersama PAS sehingga tertubuhnya Kelab Penyokong parti itu.

Mengulas hak meletakkan calon pada pilihanraya kecil Bagan Pinang, Tuan Guru berkata ianya bukan isu besar, kerana yang lebih penting, calon yang tersebut adalah dari Pakatan Rakyat.

"Mengikut kebiasaannya, calon adalah dari parti yang bertanding terdahulu, kalau calon dahulu dari PAS, maka untuk kali ini pun dari PAS, apapun ia adalah milik Pakatan Rakyat sebenarnya" katanya lagi.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media di majlis perlancaran Kutipan Wakaf/Derma Tapak Masjid Al-Hussain Bandar Baru Tunjong.

Masjid yang akan didirikan di tapak seluas 9.40 ekar tersebut adalah sumbangan peribadi dari tokoh dermawan negara ini dan ia terletak di persimpangan Jalan Kuala Krai ke Kota Bharu serta Jalan Kota Bharu ke Rantau Panjang.

Turut hadir di majlis tersebut, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan Dato' Mohd Aiseri Alias, Pegawai Kewangan Negeri Haji Mohd Faudzi Che Mamat, Exco Negeri, Ketua Pegawai operasi Perbadanan Menteri Besar, Ir.Abdul Ariffahmi Ab.Rahman, Pengarah Urusetia Kerajaan Negeri, Ustaz Abdul Rahman Yunus dan Pegawai-Pegawai Kerajaan negeri.

Pembinaan masjid tersebut akan mengambil masa selama 34 bulan dan boleh menampung seramai 1750 jemaah pada satu waktu.

Masjid yang menelan belanja melebihi RM7 juta akan menggunakan ciri-ciri di zaman Uthmaniah (Turki) dan Fatimiah(Mesir) serta dilengkapi dengan sebuah pusat sumber Islam,Kelas Tahfiz, Kediaman Iman dan pegawai masjid. -Harakahdaily/TVPAS




UMNO Mungkar Kerana Mungkir

Umno memang parti Durjana, Malukan Bangsa Khianati Agama. itu sajalah yang dapat kita sampaikan dan harap One bagan Pinang akan membuka mata dalam hal ini.

Pada hakikatnya Umno kini umpama pokok tua yang dahannya rapuh manakala akarnya reput tunjangnya berulat dan hanya menunggu masa untuk menyembah bumi. Bangsa Melayu yang tercinta punah jahanam kerana UMNO.

Umno ni memang sudah mereng, kerana gila kuasa dan wang ringgit. Dacing sudah senget kerana Umno mengamalkan sikap perkauman yang dalam dan fanatik. Mungkin fakta di bawah yang telah dikumpulkan dapat membantu membuktikan dengan jelas memang Umno menghina Islam dan memalukan Melayu..
San Miguel Corp
Mirzan Miguel anak lelaki Mahazir Ahli Lembaga Pengarah Syarikat bir San Miguel.
Ahli Lembaga Pengarah Carlsberg Malaysia.
Y.A.M. Tunku Naquiyuddin,
Jen (B) Tan Sri Dato’ Mohd. Ghazali
Tan Sri Datuk Asmat bin Kamaludin
Tan Sri Dato’ Alwi Jantan, Gunness Anchor Berhad

Dato’ Jaffar Indot Gunness Anchor Berhad
Tau Kay Judi UMNO
Tun Mohammed Hanif bin Omar
Genting Deputy Chairman

TAN SRI ALWI JANTAN
Resorts World Bhd Executive Director
Tan Sri Wan Sidek bin Hj Wan Abdul Rahman. Member/Independent Non-Executive Director
Dato' Paduka Nik Hashim bin Nik Yusoff
General (R) Tan Sri Mohd Zahidi bin Hj Zainuddin Independent Non-Executive Director
Tan Sri Mohd Amin bin Osman
Independent Non-Executive Director
Tan Sri Dato’ Jaffar bin Abdul Non-Executive DirectorBERJAYA SPORTS TOTO BERHAD
Mohamed Saleh Bin Gomu Independent Non-Executive DirectorsBERJAYA SPORTS TOTO BERHAD


Umno sekarang bukan lagi seperti Umno dulu-dulu yang menjadi pohon rendang tempat Melayu beragama Islam berteduh. Tetapi sayang seribu kali sayang, keris yang terhunus itu tidak lebih daripada satu plot lakonan untuk mengabui mata rakyat semata-mata. Umno oh Umno, I dono lah...

Iman, Insan dan Islam diseleweng dan menuju saat-saat kemusnahan yang bakal mengundang nasib malang berpanjangan akibat UMNO sudah tidak tahu halal dan haram lagi. Umno bukan lagi Parti yang mahu menegakkan Bangsa dan mendokong agama malah bersama Umno Melayu Kecundang Islam berciciran.

Kalau dibiarkan berlarutan, virus yang di bawa UMNO akan menjadi 27 kali ganda bahayanya berbanding H1N1. Kalau UMNO terus disokong, maka bererti kita sedang menempah malapetaka.

Kita ni blogger alternatif, tak arif sangat bidang hukum hakam ni, Tapi kalau YB Yang Dipertua Pas Terengganu boleh ulas sikit pasal kes ni, mungkin jelas sikit kita. Selamat Bersahur.

Kroni Rosmah Terima Projek Bas PLKN?

Click Me


Sebuah syarikat milik individu yang mempunyai pertalian rapat dengan Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri Najib Razak, dikatakan bakal diberi kontrak mewah membekalkan 400 unit bas untuk Program Khidmat Latihan Negara (PLKN).

Bas-bas itu dikatakan akan dimport dari China dan dijangka memintas kepentingan pengusaha bas tempatan yang setia menampung keperluan pengangkutan peserta PLKN, sejak ia dilancarkan pada tahun 2004.

Bas-bas itu dikatakan ditempah daripada syarikat Dong Feng di China dan akan dijual kepada kerajaan pada harga RM600,000 sebuah - hampir dua kali ganda berbanding harga asal.

Difahamkan, Kementerian Kewangan yang diterajui oleh Najib mengarahkan Syarikat-syarikat Kaitan Kerajaan atau GLC untuk menyediakan dana kepada syarikat pembekal berkenaan untuk membawa masuk bas-bas terbabit dari China.

Ini kerana syarikat pembekal yang dikaitkan dengan isteri Najib itu hanya mempunyai modal berbayar RM2 pada masa ini tetapi akan mengaut keuntungan puluhan juta ringgit.

Bas 40 penumpang itu adalah mirip bas Syarikat Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn Bhd (RapidKL), yang beberapa ratus buah tersadai di Rawang dan Selayang.

Sumber-sumber memberitahu Suara Keadilan bahawa kerajaan akan memanggil tender rasmi untuk kontrak itu pada hujung tahun ini untuk memberi gambaran bahawa urusniaga berkenaan dijalankan secara telus.

Hakikatnya ialah segala keputusan mengenai kontrak itu sudahpun dibuat. Malah sebuah agensi perkapalan juga telah dikenalpasti oleh Kementerian Kewangan bagi menguruskan kerja-kerja logistik termasuk membawa masuk bas berkenaan dari China.

Sumber itu memberitahu Suara Keadilan, dana bagi pembelian bas berkenaan oleh syarikat terbabit akan dibiayai oleh Syarikat Prasarana Negara Berhad (SPNB) atau lebih dikenali sebagai 'Prasarana'.

Sumber juga mendakwa, Prasarana telah 'diarah' oleh pihak atasan untuk menyediakan dana itu bagi membeli dan membekal bas berkenaan atas nama syarikat yang dikaitkan dengan Rosmah.

Prasarana adalah syarikat di bawah Kementerian Kewangan yang didaftarkan pada 11 Ogos 1998 untuk mengambil alih projek-projek pengangkutan yang gagal, dengan kelulusan kerajaan.

Syarikat itu dipertanggungjawabkan untuk menyediakan sistem pengangkutan di Lembah Klang dan Pulau Pinang dan mengambil alih bebrapa syarikat pengangkutan lain seperti Sistem Transit Ringan LRT, PUTRA dan juga STAR.

Dalam pada itu, seeorang pengusaha pengangkutan yang berpengalaman dalam pembinaan bas berkata pemilihan bas buatan China menimbulkan banyak persoalan.

Beliau yang enggan namanya disiarkan berkata, bas buatan China mempunyai banyak masalah teknikal selain tidak efisyen manakala kos penyenggarannya tinggi.

"Kita boleh lihat sendiri apa yang berlaku kepada ratusan bas jenis sama milik Rapid KL yang tersadai hingga menjadi besi buruk di merata Lembah Kelang. Adakah kita mahu perkara yang sama berulang?" soal beliau.

"Bagaimana pula keselamatan atau kesejahteraan anak -anak muda kita yang bakal dihantar ke kem-kem PKLN di seluruh negara menggunakan bas-bas ini?" tambahnya. - Suara Keadilan
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .