Ikuti Blog ini

DS Ir Nizar Kekal MB Perak Yang Sah


[2009-05-12_220918.jpg]


Stay of execution atau penangguhan pelaksanaan perintah/penghakiman mahkamah bukannya satu keadaan dimana pemohon mendapat perintah mengenepikan perintah yang dibuat oleh mahkamah yang pertama mengeluarkan perintah/penghakiman itu.

Ini bermakna, penangguhan pelaksaan perintah yang dikeluarkan oleh mahkamah rayuan berpihak kepada Zambry bukannya bermakna Zambry boleh berbuat apa-apa fungsi sebagai menteri besar perak. beliau cuma boleh duduk saja menunggu kes rayuannya didengar oleh mahkamah rayuan kelak. beliau tidak boleh menjalankan tugas sebagai MB Perak malah tidak berhak langsung menduduki pejabat MB Perak yang telah dikosongkan semula oleh YAB DS Nizar.

Kesan perintah penangguhan itu terhadap MB yang sah hanyalah setakat beliau tidak boleh menjalankan tugasnya melalui kuasanya sebagai MB selama mana perintah penangguhan itu berkuatkuasa.

Soalan pokok siapa MB Perak yang sah sebagaimana yang diperintahkan oleh mahkamah tinggi semalam kekal tidak berubah. jadi, YAB DS Nizar ialah MB Perak yang sah dan kekal sebagai MB di negeri Perak sekarang.

Melihat kepada keadaan ini, saya berpendapat, walaupun YAB DS Nizar tidak boleh menjalankan tugas-tugasnya sebagai MB (dek kerana perintah stay itu), tetapi DYMM Sultan boleh pada bila-bila masa dan dengan serta merta meminta dan mendapatkan khidmat YAB DS Nizar.

Jadi, persoalan besar sekarang, dari mana Zambry ini mendapat kuasa untuk menjalankan kuasanya sebagai MB sebagaimana yang beliau sebarkan dimedia sekarang..?

SMS Ugutan Bunuh : Dr Ramzi Ditahan Polis



KUALA TERENGGANU, 12 Mei: Bekas Setiausaha Politik kepada mantan Menteri Besar Terengganu, Datuk Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir ditahan polis pagi tadi bagi membantu siasatan kes penghantaran khidmat pesanan ringkas (SMS) ugutan bunuh kepada tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) pada 13 April lalu.

Ugutan bunuh itu berbunyi: “Baik jangan teruskan niat YB, YB tak sayang nyawa?”

Polis mempunyai bukti bahawa beliau terbabit menghantar SMS yang mengandungi ugutan bunuh itu kepada Adun Ajil, Datuk Rosol Wahid, Adun Paka, Zakaria @ Ariffin Abdullah dan Adun Permaisuri, Abdul Halim Jusoh.

Perkara itu dinyatakan oleh Timbalan Ketua Polis Terengganu, Senior Asisten Komisioner II Hamzah Mohd Jamil yang mengesahkan penangkapan tersebut.

Semalam, polis mendapatkan perintah waran tangkap kepadanya apabila gagal hadir ke balai polis selepas tempoh tiga hari yang diberikan untuk memberi keterangan mengenai sms ugutan itu yang berakhir pada jam 3 petang semalam.

Pada malan 13 April lalu, Ramzi turut mengiringi Zakaria dan Abdul Halim membuat laporan polis berhubung sms ugutan bunuh itu di Ibu pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu.

Beliau yang bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 lalu sebagai calon BN bagi Parlimen Marang tewas kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan majoriti 2,747 undi.

Nizar Menteri Besar Yang Sah, Kosongkan Pejabat Hormati Keputusan Mahkamah




Krisis politik Perak tidak nampak jalan keluar dalam masa terdekat apabila Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin serta barisan Exco Pakatan Rakyat mengosongkan pejabat mereka di Bangunan Perak Darul Ridzuan kurang lapan jam setelah melapurkan diri untuk bertugas semula.

Ini berikutan keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan permohonan Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tingggi semalam.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam memutuskan bahawa Nizar adalah Menteri Besar Perak yang sah sejak beliau dilantik pada Mach 2008 dan memerintahkan Zambry dan enam Exco Barisan Nasional mengosongkan jawatan dan pejabat masing-masing berkuat kuasa serta merta.

Semalam Dr Zambry dan enam Exco BN mengosongkan jawatan dan pejabat masing-masing setelah pengumuman keputusan Mahkamah Tinggi tersebut.

Antara tindakan awal Dr Zambry ialah membatalkan keputusan Nizar dan Exco menggantung Setiausaha Kerajaan dan Penasihat Undang-Undang Negeri dan mengekalkan semua keputusan BN yang dibuat sebelum ini.

Dalam reaksi beliau kepada keputusan Mahkamah Rayuan itu, Nizar berkata banyak persoalan kini timbul daripada keputusan iut antaranya adakah status keputusan Mahkamah Tinggi yang diumumkan semalam.

"Kita tetap berpegang kepada keputusan Mahkamah Tinggi dan saya masih Menteri Besar yang sah. Keputusan Mahkamah Rayuan telah menimbulkan kekeliruan dan tidak membantu menyelesaikan kemelut politik negeri Perak," kata beliau pada sidang akhbar yang di adakan di ibu pejabat DAP Perak yang bterletak berhadapan Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Sebelum itu Nizar yang bertemu media di pejabat beliau untuk seketika sebelum bermesyuarat dengan beberapa pegawai tinggi kerajaan negeri Perak berkata apa jua tindakan undang-undang yang diambil kedua-dua belah pihak mestilah mempunyai keikhlasan dan kesungguhan untuk memecah kebuntuan kemelut politik Perak yang membelenggu negeri itu sejak lebih tiga bulan lalu.

"Satu-satu penyelesaian kepada masalah yang berpanjangan ini ialah dengan membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak," kata Nizar yang mewakili prinsip dan pendirian tetap Pakatan Rakyat Perak yang mahukan DUN dibubarkan seberapa segera supaya pilihan raya negeri yang baru dapat diadakan.

Melalui pendekatan mengembalikan mandat kepada rakyat untuk memilih kerajaan negeri pilihan mereka sendiri sahajalah masalah krisis politik yang telah mengaitkan perlembagaan Perak dapat diselesaikan sevcara muktamad kata Nizar lagi.

Rakyat Perak kini diselubungi perasaan resah dan gelisah melihat kepada masalah politik yang berpunca daripada rampasan kuasa yang didalangi oleh BN 5 Februari lalu yangh meletakkan Dr Zambry sebagai Menteri Besar yang dipertikaikan keabsahannya di sisi undang-undang.

Kegelisahan ini dapat dilihat secara jelas daripada reaksi anggota media yang ramai berkumpul di Ipoh sejak semalam.

Ramai daripada mereka mengharapkan agar DUN Perak dibubarkan kerana ini akan menyenangkan tugasan mereka sebagai wartawan.

""Boring"lah asyik kena "cover" sidang akhbar pasal keputusan saja. Hari ini satu pihak akan dapat keputusan yang menyebelahi mereka dan satu pihak lagi akan tidak berpuas hati. Pihak yang tidak berpuas hati itu pula pergi ke mahkamah yang lebih tinggi dan membuat rayuan. Selepas mendapatkan keputusan mahkamah yang menyebelahi mereka pula pihak yang satu lagi akan bertindak membuat rayuan sekali lagi ke mahkamah lain.

"Proses ini akan berulang-ulang sehingga kami pun dah naik bosan membuat liputan. Macam dah tidak ada kerja lain," rungut seorang anggota media daripada sebuah akhbar tempatan.

Mungkin itulah sentimen rakyat Perak yang sudah di serang "political fatigue" justeru seruan Pakatan Rakyat suoaya DUN dibubarkan segera mempunyai merit yang kuat dan kukuh.

Sebelum itu Exco Kanan, Datuk Ngeh Koo Ham dalam sidang akhbar di pejabat Menteri Besar mengumumkan beberapa keputusan penting yang dibuat pada mesyuarat Exco pagi tadi.

Antaranya Menteri Besar mengarahkan semua Exco supaya turun ke padang meneruskan khidmat mereka kepada rakyat dan melipat gandakan usaha menyelesaikan masalah rakyat yang tertangguh sejak tiga bulan lalu.

"Kita mahu Exco bekerja keras menyelesaikan semua rancangan pembangunan yang telah tertangguh sejak BN merampas kuasa dan Menteri Besar mahu semua masalah tertunggak diselesaikan segera," Ngeh berkata.

Beliau juga mengumumkan bagi pihak Nizar berhubung majlis angkat sumpah jawatan 342 ahli majlis daripada 14 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Ngeh berkata kesemua ahli majlis akan mengangkat sumpah seawal-awalnya esok.

Begitu juga dengan surat kepada 817 ketua kampung akan dikeluarkan bagi mengekalkan jawatan mereka dan memberi elaun khidmat yang tertunggak sejak Februari tahun ini.

"Langkah kerajaan negeri Pakatan Rakyat memberi geran kekal kepada kamoung tersusun dan kampung baru akan juga diteruskan," kata beliau lagi.

Ngeh juga mengumumkan beberapa langkah bagi meningkat tahap ekonomi penduduk Perak termasuk meneruskan Terminal Bas Ipoh sertab menarik lebih banyak syarikat penerbangan mendarat di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah.

"Kerajaan juga akan mengurangkan kadar letak kereta darioada 40 sen kepada 30 sen sejam di 10 PBT," kata beliau lagi.

Universiti Premier berhamoiran Gua Tempurung akan memulakan operasi dengan peengambilan pertama seramai 2,000 pelajar Julai ini.

Ngeh juga memgumumkan berapa progam yang bersangkutan dengan bidang pelaburan dan sukan.





TIADA HORMAT PUNYA MANUSIA!!!!!



Cuba anda semua lihat gambar diatas...JIBRAUN berbaju Biru diatas merupakan seorang anggota POLIS dan dia kelihatan menahan GELAK ketika doa dibacakan dihadapannya...!!!

Tindakan ini dilihat sebagai MENGHINA!!!Sepatutnya beliau menghormati bacaan doa tersebut akan tetapi akibat telah BUTA HATI,MATA dan TELINGA maka dia sanggup berbuat begitu!!!

Aku sifatkan ia sebagai KURANG AJAR!!!

POLIS korang memang @#$%^&*

DOA DIBACAKAN BAGI MEMOHON BANTUAN ALLAH ATAS KEZALIMAN YANG DILAKUKAN UBN DAN POLIS

DS DAN DATIN SERI SERTA EXCO MELANGKAH MASUK KE SUK

DS NIZAR DIHALANG MASUK KE DALAM SUK

SIDANG MEDIA

DATO NGEH MEWAKILI DS NIZAR

Mencurigakan, Keputusan Mahkamah Rayuan Izinkan Zambry Tangguh Keputusan Semalam



Keputusan Mahkamah Rayuan hari ini yang membenarkan permohonan Dato' Seri Zambry Abd Kadir untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam dikhuatiri dipengaruhi kepentingan politik Barisan Nasional (BN).

Ketua Penerangan PAS, Dato' Mahfuz Omar dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily sebentar tadi menegaskan, PAS sentiasa menghormati keputusan mahkamah namun dalam masa yang sama juga khuatir keputusan tersebut dipengaruhi pihak tertentu untuk kepentingan politik mereka.

Mahfuz menegaskan keputusan Mahkamah Rayuan itu dibimbangi diputuskan bagi membolehkan Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak dibubarkan di bawah pemerintahan BN.

"Kita melihat keputusan ini dibuat bagi membolehkan Zambry kembali menjadi Menteri Besar dan seterusnya mereka akan memohon untuk dibubarkan Dun.

"Jika Dun dibubarkan, BN akan menjadi kerajaan sementara dalam tempoh tersebut dan inilah yang dimahukan oleh mereka supaya sebarang keputusan atau peruntukan dapat dikawal oleh mereka," tegas Mahfuz.

Beliau juga menegaskan keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Rayuan itu tidak menyelesaikan kemelut di Perak sebaliknya menambahkan kerumitan dan kebuntuan serta keresahan rakyat Perak.

Hakim Mahkamah Rayuan, Dato' Ramly Mohd Ali tegas Mahfuz sepatutnya mempertimbangkan situasi persekitaran dan tidak hanya membuat keputusan berdasarkan undang-undang semata-mata.

"Hakim sepatutnya mengambil kira keresahan rakyat Perak yang mengharapkan penyelesaian total dapat segera dilaksanakan," tegas beliau.

Justeru, PAS tegas Mahfuz mendesak jika pembubaran Dun dilakukan dalam tmpoh terdekat, kerajaan sementara yang mentadbir Perak dalam tempoh tersebut hendaklah diwakili oleh Pakatan Rakyat dan BN.

Hari ini Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Dato' Seri Zambry Abd Kadir untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam yang mengisytiharkan Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar Perak yang sah.

Penangguhan keputusan mahkamah itu diberikan sementara menunggu selesai rayuan yang dikemukakan oleh Zambry berhubung perkara tersebut.

Beliau memfailkan rayuan tersebut pagi tadi dan akan didengar secepat mungkin.

Selepas keputusan dibuat pada kira-kira jam 1 tengah hari, peguam Umno, Hafarizam Harun menggesa Nizar supaya mengosongkan pejabat menteri besar untuk memboleh Zambry kembali bertugas.

Manakala peguam Sulaiman Abdullah yang mewakili Nizar berkata menunggu arahan daripada anak guamnya mengenai langkah seterusnya.

Keputusan mahkamah pagi ini sekali lagi meletakkan situasi politik di Perak dalam keadaan tidak menentu dengan BN dan Pakatan Rakyat masing-masing berentap untuk menjadi menteri besar.

Hakim Dato' Ramly Mohd Ali mendengar permohonan Zambry untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi semalam.

Peguam Zambry berhujah bahawa penangguhan keputusan mahkamah semalam adalah penting untuk menghalang Nizar daripada mendapatkan perkenan Sultan Perak untuk membubarkan Dun.

Peguam utamanya, Cecil Abrahim berkata, jika pembubaran tersebut diperkenankan, maka rayuan Zambry akan merupakan satu akademik sahaja.

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail turut menyokongnya. Beliau juga berhujah bahawa penggantungan setiausaha kerajaan negeri dan penasihat undang-undang negeri Perak oleh Nizar malam tadi adalah tidak sah kerana ia merupakan pelantikan Kerajaan Pusat.


Ceramah Perdana : Isu Perak di Selangor.

Menteri Besor Sah tersenyum lebor

Ketibaan Nizar di Istana Kejutkan Tetamu Majlis Penganugerahan Darjah Kebesaran

Pengumuman ketibaan Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin di Balai Rong Seri Istana Iskandariah, Kuala Kangsar memeranjat semua tetamu dan dif kehormat di majlis penganugerahan darjah kebesaran dan pingat sempena keputeraan Sultan Azlan Shah pagi tadi.

Beliau yang tiba bersama isteri, Datin Seri Fatimah Taat pukul 9.10 pagi tadi kemudian dipersilakan duduk di tempat yang dikhaskan untuk Menteri Besar dan pembesar-pembesar kanan negeri.

Ketibaan beliau sebagai Menteri Besar mungkin tidak dijangka oleh tetamu kerana menyangkakan yang dijemput ialah Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Turut hadir pada majlis itu barisan Exco daripada Pakatan Rakyat termasuk Exco Kanan, Datuk Ngeh Koo Ham. Walau bagaimanpun Datuk Seri Dr Zambry dan enam Exco Barisan Nasional yang baru mengosongkan jawatan mereka semalam dan bilik masing-masing di Bangunan Perak Darul Ridzuan tidak kelihatan .

Suasana di Balai Rong Seri yang sama itu mengimbau kembali majlis angkat sumpah Datuk Seri Dr Zambry yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Pangkor sebagai jawatan Menteri Besar 6 Februari dihadapan Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah.

Perlantikan beliau menandakan bermulanya krisis politik yang amat getir bagi negeri Perak yang berterusan sehingga keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam mengesahkan keabsahan Datuk Seri Nizar sebagai Menteri Besar yang sah sejak beliau dilantik ke jawatan tersebut pada 13 Mach 2008.

Lebih 286 penerima darjah kebesaran dan pingat hadir pada majlis tersebut hari ini. TVA

KENYATAAN DATO' SERI HJ NIZAR

Besar Harapan rakyat perak agar Tuanku Perkenan untuk membubarkan DUN.. Harap Tuanku Tidak lagi menghampakan Rakyat untuk kali kedua ini...

Besar Harapan rakyat perak agar Tuanku Perkenan untuk membubarkan DUN.. Harap Tuanku Tidak lagi menghampakan Rakyat untuk kali kedua ini...



Syukur alhamdulilah kepada semua warga dan rayat Perak khususnya dan Malaysia amnya yang telah sabar dan mendoakan untuk kemenangan dan keselamatan seluruh Rakyat Perak. Selama 3 bulan kita dalam suasana krisis perlembagaan oleh kerana perbuatan rakus merampas hak rakyat negeri Perak pada 5 Feb. 2009 lalu.

Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah berkerjasama dan mendoakan kejayaan ini. Marilah kita bertenang, terus memuji kebesaran Allah SWT serta memohon kempunan dari Allah SWT.

Semua rakyat harus bertenang dan Pakatan Rakyat akan meneruskan khidmat kami membantu rakyat serta membela rakyat yang memerlukan banyak perhatian dan pertolongan dari kerajaan. Sesungguhnya kami akan meneruskan dasar serta janji demi kebaikan rakyat dan melaksanakan diatas prinsip keadilan dan kesaksamaan.

Semua rakyat Perak beragama Islam mesti menunaikan solat sebagai tiang agama dan kembali kepada ajaran nabi Mohammad SAW. InsyaAllah kita akan banyakan lagi program kebaikan dan membenteras kemungkaran demi berhasrat menyelamatkan bangsa , negara dan agama oleh kerana gejala sosial seperti dadah, rokok, ragut, rempit, zinah , mabuk , tak sembahyang, jahil dan lain-lain.

Maka marilah semua kaum dan rakyat Perak kita ikut dan patuh kepada perlembagaan dan undang-undang tubuh serta mengikut Rukun Islam, Rukun Iman dan Rukun Negara supaya dapat kita bangunkan balik tamaddun Islam yang telah lama tidak di beri perhatian wajar.

Sebagai Ahli Parlimen P059 Bukit Gantang pula saya ajak seluruh warga parlimen tersebut mengemukakan segala masaalah mereka melalui pusat khidmat masyarakat yang telah saya dirikan di DUN Cgkt Jering, Kuala Sepetang dan dua pejabat di Trong.

Kapada semua kakitangan Kerajaan disemua peringkat, marilah kita laksanakan khidmat kepada rakyat dengan menganggap semua titik peluh kita sebagai amalan membantu rakyat agar mereka tidak menuntut hak mereka di hadapan Allah SWT diakhirat kelak.

Marilah kita ambil kesempatan memberi sumbangan kepada rakyat yang cukup terhimpit akibat krisi ekonomi global kini.Kepada semua media ,marilah kita bebaskan diri kita dari belenggu fitnah dan sindrom enggan melapurkan yang benar. Kepada semua bloggers dan media kerajaan, saya pohon keampunan atas kesilapan dan ketelanjuran saya.

Saya turut memaafkan serta mengampunkan kesilapan kalian.Kepada semua pegawai dan penjawat awam , jangan lagi menyebelahi mana-mana pihak, sebaliknya buat kerja dengan penuh tanggungjawab dan amanah.

Kepada RTM FM Perak, berlaku adilah kepada saya dan Pakatan Rakyat untuk suara saya didengari oleh rakyat Perak kerana saya cuma mahu mengajak kaum saya bersolat dan berilmu.

Saya bertemu dengan Menteri Penerangan ketika itu, Dato' Shabery Chik dan merayu berilah saya setengah jam seminggu untuk mengajak orang Melayu supaya patuh pada Allah dan jangan lalai. Hendaklah serious beragama.

Maka berilah ini kepada saya. Namun tiada layanan darinya dan warga Perak FM di Ipoh. Tolonglah kami kerana kami difitnah dan danayai. Belalah Islam!.

Kepada semua warga tani, peladang, penternak dan nelayan, saya sayang kepada kalian semua dan akan membantu melegakan kehidupan yang terik sekarang.

Kepada semua ketua JKKK yang telah diberi surat watikah oleh saya sebagai MB tempoh hari, teruskan usaha baik tuan tuan kerana saudara dipilih oleh rakyat. Ini telah diperkenan oleh kebawah duli yang teramat mulia Raja Muda semasa saya mengesyurkan usaha memilih ketua JKKK. RM cukup gemar dan berkenan dengan tindakan ini.

Saya kembali dengan hasrat memberikan hak kepada rakyat Perak pilih kerajaan yang kuat dan wibawa. Saya akan cuba sedaya upaya memohon perkenan Kebawah DYMM untuk bubarkan DUN Perak dan adakan pilihanraya seluruh negeri kita.

HIDUP RAKYAT.
ALLAHU AKBAR

YAB DATO' SERI IR HJ MOHAMMAD NIZAR JAMALUDDIN
MENTERI BESAR PERAK DARUL RIDZUAN


NIZAR MASUK PEJABAT PAGI INI



Menteri Besar Perak, YAB Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin bersama lapan exconya memasuki bangunan SUK pagi tadi - kira-kira 16 jam selepas mahkamah mengisytiharkan beliau Menteri Besar yang sah.

Mereka dibenarkan melepasi pintu pagar bangunan itu pada pukul 7.31 pagi.

Turut bersama rombongan itu ialah Speaker DUN Perak yang sah V. Sivakumar yang yang diusung oleh polis atas arahan UMNO Barisan Nasional (BN) pada sessi persidangan DUN Perak yang baru lalu.

Kira-kira jam 7.45 pagi, Nizar dilaporkan meninggalkan bangunan SUK menuju ke Istana Iskandariah di Kuala Kangsar untuk menghadiri majlis pengurniaan pingat oleh Pemangku Raja Perak Raja Nazrin Shah Sultan Azlan Shah.
foto dari Manimaran, MSTAR


Perkembangan terkini akan dilaporkan dari masa ke semasa.



PERKEMBANGAN POLITIK PERAK SELEPAS NIZAR DISAHKAN SEBAGAI MB

BERIKUT adalah perkembangan krisis politik Perak selepas Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin disahkan sebagai Menteri Besar.

9.07 pagi: Pasukan FRU mula meninggalkan kawasan pekarangan bangunan SUK. Sehingga kini separuh anggota telah meninggalkan kawasan bangunan SUK.

9.00 pagi: Barisan Exco kerajaan negeri Pakatan Rakyat masih di pejabat masing-masing. Nizar pula berada di Istana Iskandariah.

8.30 pagi: Datuk Mohammad Seri Nizar mengemukakan surat minta perkenan menghadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah. Surat dihantar dengan tangan oleh pembantu Nizar.

7.45 pagi: Nizar tinggalkan bangunan SUK menuju ke Istana Iskandariah di Kuala Kangsar.

7.31 pagi: Nizar dan lapan Exconya masuk ke bangunan SUK. Wartawan tidak dibenarkan masuk.

7.28 pagi:
Seorang pegawai pejabat SUK menghalang rombongan Nizar dengan meminta makluman pelaksanaan keputusan mahkamah semalam.

7.26 pagi: Pergerakan mereka ditahan oleh pasukan polis dan FRU yang menjelaskan kepada Nizar bahawa hanya Exco dibenar masuk ke bangunan SUK.

7.25 pagi: Nizar bersama lapan Exco dan beberapa ADUN Pakatan Rakyat melangkah ke arah bangunan SUK.

7.23 pagi: Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin tiba di pekarangan Wisma DAP isterinya Datin Seri Fatimah Taat.

7 pagi: Tidak sampai 10 ADUN termasuk sebahagiannya berkumpulan di pekarangan Wisma DAP - kira-kira 50 meter dari bangunan SUK Perak.


Puluhan ribu banjiri Taman melewar dengar Isu terkini Perak.


Penduduk Malaysia termasuk di Lembah Kelang dikejutkan dengan berita pengesahan DS. Nizar sebagai MB Perak yang sah. Saya dipanggil untuk menggantikan YAB. MB yang tidak dapat hadir dalam ceramah penerangan isu Perak di Markaz Tarbiyah Taman melewar Gombak.

GOMBAK : Satu ceramah penerangan isu terkini perak telah menarik lebih 20,000 orang hadir kerana mereka mungkin dikejutkan dengan berita-berita panas dari Perak termasuklah yang terkini mengenai keputusan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memihak kepada pakatan Rakyat.

Sayangnya Menteri Besar Perak yang sah tidak dapat hadir kerana beliau memanggil satu mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Perak. Begitu juga Speaker DUN Perak, V. Sivakumar juga tidak dapat hadir. Tempat mereka berdua telah digantikan oleh Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Negeri Perak yang juga ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim.

Peceramah lain ialah Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato' Hj. mahfuz Omar, Ahli Parlimen Kubang Kerian, YB. Salehuddin Ayub dan Peguam Hanifa Maidin.

Kehadiran pada malam tadi dianggarkan oleh banyak pihak boleh menandingi jumlah kehadiran program GERAK semasa hayat almarhum Ust.Fadzil Noor satu masa dulu.

Tidak ada ruang yang kosong di dalam dan di luar markaz pada malam tadi.













Sketsa mana nak letak muka



"Nelipon sape tu Man?" tanya Opah Leibor.

"Telipon lori..." jawab Man agak malas.

"Nak buat hape nelipon lori pulak?" tanya Opah Leibor lagi tak puas hati dengan jawapan singkat Man itu.

"Nak angkut barang ler...nak pindah" balas Man lagi.
"Nak pindah kemana pulak? Kan ke kamu dah duduk rumah besor. Ngalahkan istana besornya. Sebelah pulak ada tempat kuda berlumba. Tiap ujung minggu, sampei ke dalam rumah kamu bederap-derap bunyi kuda-kuda tu belari. Apa ke heinya nak pindah? Kamu nak pindah ke mana pulak?" desak Opah Leibor lagi.

Man hanya mengerling kearah Opah Leibor tanpa berkata apa-apa. Handphone masih melekap ditelinga.

"Kat pejabat pulak, deme kata kamu pangkat beso, macam mandur. Sebeso-beso bangunan tu kamu jaga. Semua orang takut dengan kamu. Kata deme lagi, kamu suka nengkin-nengkin orang. Suka jegei-jegei mata kat orang. Habih semua orang kamu jerkah." Opah Leibor perapi rapat pada Man.

"Itu dulu. Masa Ri sepupu Man tu pegang jawatan beso kat opis tu. Sekarang idak dah. Deme kata dia tu haram. Dia pun kena keluo dari pejabat dia. Sekarang ni Man tinggei sorang je le kat sana. Boss Man yang lama tu dah nak masuk pejabat balik. Mana Man nak letak muka Man. Malu le Man nak koje kat situ lagi. Baik Man pindah lekeh." jelas Man sambil mengeluh.

"Ai...nak malu apenye. Kamu kan ke jenih muka tak tau malu. Jenih kulit tebei. Pedulikan le deme. Buat je le koje kamu. Bukannya deme ada ngacho kamu kat situ." pujuk Opah Leibor lagi.

"Ih...idak le Man nak nunggu situ. Bior le Man pindah dulu sebelum deme mindahkan Man. Esok entah kemana-mana cherok deme tukokan Man. Malu besor Man nanti." balas Man endak tak endak aje.

"Suka ati kamu le. Aku nasihatkan aje. Ate...bila kamu nak pindahnya? Dapat ke kamu nelipon lori tu? Man...o Man. Mana pulak budak itam betuah ni. La....udah leboh tak bekabo. Patut le aku tanya tak bejawab." keluh Opah Leibor sorang-sorang.


Nizar gantung tugas tiga pegawai kanan termasuk SUK

Align Center

IPOH: Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini menggantung tugas Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Dato' Dr. Abdul Rahman Hashim dan Setiausaha Kewangan Negeri, Datuk Jamalludin Al Amini Ahmad berkuat kuasa serta merta.


Tugas mereka itu akan dipangku oleh timbalan masing-masing.


Itu adalah beberapa keputusan yang dibuat dalam mesyuarat Exco pimpinan beliau di ibu pejabat PAS negeri, tengah malam tadi.




Petang semalam, Mohammad Nizar turut menggantung tugas Penasihat Undang-undang Negeri, Datuk Ahmad Kamal Md Shahid berkuat kuasa serta merta sebaik sahaja Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengisytiharkan beliau sebagai Menteri Besar Perak yang sah.


Pada pagi esok, Mohammad Nizar berkata, beliau akan mempersembahkan permohonan untuk menghadap Pemangku Raja Perak, Raja Nazrin Shah Sultan Azlan Shah.


"Bukan menghadap, kami hanya mengemukakan permohonann untuk menghadap," katanya pada sidang media yang diadakan kira-kira pukul 12.30 malam tadi.


Mohammad Nizar berkata, beliau dan kesemua Exconya akan memulakan tugas seperti biasa pada pukul 7.15 pagi ini.


Beliau juga berkata, mesyuarat tersebut memutuskan untuk meneruskan dasar-dasar yang diputuskan oleh kerajaan negeri di bawah Barisan Nasional (BN) selama tiga bulan yang boleh membawa manfaat kepada rakyat.


Selain itu katanya, V Sivakumar masih merupakan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) yang sah.


Katanya, Datuk R Ganesan yang dilantik oleh BN sebagai Speaker DUN adalah tidah sah kerana masih belum mengangkat sumpah.


Sehubungan itu kata beliau, apa juga kemungkinan sidang DUN tergempar yang akan dibawa BN pada pagi ini adalah tidak sah.


"Untuk mengadakannya, mereka mesti memberi notis," katanya.


Petang tadi Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa Nizar adalah Menteri Besar yang sah.


Dengan keputusan itu, persoalan mengenai siapakah Menteri Besar yang sah - antara Nizar dan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, yang menyebabkan negeri itu dilanda krisis politik sejak Februari lalu akhirnya terjawab.


Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abdul Aziz Abd Rahim memutuskan bahawa Nizar tidak mengosongkan jawatan Menteri Besar kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti anggota DUN.




NIZAR GANTUNG PENASIHAT UNDANG-UNDANG PERAK



Saya dan MB Nizar sendiri melihat anggota polis membawa pistol ke dalam Dewan

Polis Bawa Pistol Dalam DUN Perak, Hishammuddin Didesak Letak Jawatan



Exco Kanan Kerajaan Negeri Perak Pakatan Rakyat mendesak Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas keganasan yang dilakukan oleh pihak polis semasa sidang Dewan Undangan Negeri 7 Mei lalu dan seterusnya segera meletak jawatan.


Beliau berkata Hishammmuddin sebagai menteri perlu bertanggungjawab terhadap perbuatan anggota polis yang membawa senjata api masuk ke dalam DUN.


“Saya dan Menteri Besar Nizar sendir melihat anggota polis membawa pistol ke dalam Dewan. Dewan ibarat rumah kami sebagai wakil rakyat dan tidak ada hak polis masuk ke dalam Dewan apatah lagi membawa senjata api.


“Kalau 7 Mei polis masuk dengan senjata api dan tertembak sesiapa dalam DUN siapa pula akan bertanggungjawab. Kalau hari ini dibenarkan polis masuk bawa senjata satu hari kelak polis juga boleh masuk Dewan dan tembak wakil rakyat.


“Oleh itu adalah wajar Hishammuddin mengambil langkah terhormat denmgan meletak jawatan bagi mengambil tanggungjawab terhadap apa yang dilakukan oleh kakitangan polis yang di bawah kementerian beliau,” Ngeh berkata.


Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin pada sidang media 7 Mei lalu di Pejabat Badan Perhubungan PAS Perak di Ipoh mendakwa seramai 400 anggota polis mengepung DUN dan kira-kira 100 anggota telah menceroboh masuk ke dalam Dewan dan melakukan keganasan termasuk mengheret Speaker V. Sivakumar dan mengurung beliau di dalam bilik setor.


Ngeh berkata lagi beliau akan membangkitkan perkara ini di Dewan Rakyat apabila Parlimen menyambungkan sidang Jun depan.


Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .