Ikuti Blog ini

10 SEBAB SPR LAMBATKAN PRK BKT GANTANG & BKT SELAMBAU

Memang jarang-jarang berlaku SPR melambat-lambatkan Pilihanraya Kecil melainkan ada sebab-sebab tertentu. Ramai pihak memang menjangkakan SPR akan melambat-lambat PRK untuk Bukit Gantang dan Bukit Selambau.

Bayangkan mengapa SPR menunggu sehingga sebulan lebih selepas notis kekosongan kerusi diterima barulah pilihanraya kecil hendak diadakan. Tidakkah ini menimbulkan kontroversi dan keraguan di kalangan rakyat.????



Antara DAKWAAN para pemerhati politik ialah :-

1) Memberi masa yang secukupnya untuk BN menyusun jentera dan strategi bagi berhadapan dengan pengundi apatah lagi BN sedang tenat sekarang. Mood rakyat masih cenderung menyokong PR lebih-lebih dengan berlakunya isu rompakan kuasa di Perak.

2) Memberi masa yang secukupnya untuk BN dan agensi-agensi kerajaan yang tertentu mengatur strategi dan manipulasi daftar pemilih, pendaftaran pengundi hantu dan lain-lain.

3) Memberi masa untuk BN berkempen sepuas-puasnya sedangkan PR tidak diberikan permit untuk berceramah khasnya di Perak.

4) Memberi masa untuk BN menjalankan projek-projek segera dan menjanjikan habuan-habuan projek kepada pengundi di kedua-dua kawasan tersebut.

5) Memberi masa untuk BN menyelesaikan perbalahan dan perebutan antara Umno dan MIC yang mahukan calonnya bertanding di DUN Bukit Selambau.

6) Memberi masa untuk BN memperkenalkan bakal calonnya yang sememangnya tidak dikenali dan tidak disenangi oleh rakyat. Jadi oleh kerana masanya panjang maka calon ini boleh turun padang dan berkhidmat untuk rakyat dari hari ini sehingga 7 April 2009.

7) Memberi masa untuk pemimpin dan ahli Umno menumpukan perhatian kepada Perhimpunan Agong Umno yang berlangsung awal bulan Mac.

8) Memberi masa untuk calon-calon Umno berkempen untuk pemilihan Umno pada Perhimpunan Agong Umno awal bulan Mac.

9) Memberi peluang kepada Najib Razak menyusun strategi selepas beliau dilantik menjadi Presiden Umno dan Perdana Menteri selepas Perhimpunan Agong Umno awal Mac ini.

10) Memberi peluang kepada Umno/BN mencari seberapa banyak wang untuk ditaburkan kepada pengundi di kedua-dua kawasan tersebut.

Ini adalah bukti kedua SPR dilihat berpihak kepada BN, selepas keengganan SPR mengadakan PRK di Behrang dan Changkat Jering.

Ada kemungkinan SPR di bawah kepimpinan Abdul Aziz Yusof lebih teruk dan jijik dari SPR dibawah telunjuk Abdul Rashit Abdul Rahman.



Angkat sumpah MB Perak tidak sah, Nizar fail saman di KL

Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sempat melambai kepada para jurugambar semasa memfailkan saman terhadap Menteri Besar Perak, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini.

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini mengemukakan permohonan di Mahkamah Tinggi di sini bagi mendapatkan perisytiharaan bahawa beliau masih merupakan Menteri Besar Perak yang sah.


Mohammad Nizar, 52, juga memohon mahkamah mengeluarkan perintah deklarasi bahawa Datuk Dr Zambry Abdul Kadir, yang telah dilantik sebagai Menteri Besar Perak HARAM yang baru pada 6 Feb lepas, tidak berhak memegang jawatan itu.


Beliau, yang hadir di mahkamah dengan berbaju Melayu lengkap berwarna hijau, memfailkan permohonan itu di Pejabat Pendaftaran Mahkamah Rayuan dan Kuasakuasa Khas di sini, melalui Tetuan Leong & Tan kira-kira pukul 12 tengah hari tadi.


Mohammad Nizar, yang merupakan Anggota Dewan Undangan Negeri Pasir Panjang apabila memenangi kerusi itu pada pilihan raya umum pada 8 Mac 2008, menamakan Zambry sebagai responden dalam permohonan tersebut.


Dalam permohonan itu, Mohammad Nizar, yang memegang jawatan Menteri Besar Perak pada 17 Mac tahun lepas, mendakwa beliau masih merupakan Menteri Besar yang sah atas tiga alasan berikut:


Pertama, tidak terdapat pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak; Kedua, tidak terdapat usul tidak percaya diambil dan diterima pakai oleh Dewan Undangan Negeri terhadapnya sebagai Menteri Besar Perak; dan Ketiga, tidak terdapat peletakan jawatan Menteri Besar Perak.


PERAK DARUL GAMUDA


P'raya kecil serentak: 7 April & 29 Mac penamaan calon

Pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau akan diadakan serentak pada 7 April depan.


Manakala tarikh penamaan calon akan diadakan 29 Mac.







Inilah saki baki yang masih bersama BN...



Siapa punya angkara... Masing-masing tak mengaku...

Mufti Perak Tumpang Sekaki

Kalaulah tidak kerana Almarhum Ustaz Ishak Baharom Mufti Selangor dipecat, Mufti Perak tidak mungkin menjadi sandaran rakyat untuk membela Islam. Almarhum Mufti Selangor inipun pernah dipermainkan oleh pihak media sehingga beliau mengemukakan bahawa sesiapa yang memakai salib maka dia boleh terjerumus kepada murtad. Jawapan Almarhum telah digunakan oleh pihak media untuk mengaitkan tindakan Tengku Razaliegh yang memakai tengkolok yang ada corak salib padanya. Berikutan itu Almarhum Mufti Selangor sangat berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan kepada media. Selepas itu seluruh rakyat Malaysia meletakkan harapan yang tinggi kepada beliau untuk membela dan bersuara meninggikan kalimah ALlah swt.

Selepas Almarhum dipecat, maka antara mufti yang paling senior ialah Mufti Perak Hj Harussani. Pada beliau rakyat Malaysia mula meletakkan harapan untuk menggantikan peranan Ustaz Ishak Baharom. Sekiranya Almarhum Ustaz Ishak pernah tersilap dipermainkan oleh pihak media tetapi kemudian rakyat boleh menerimanya kembali, demikianlah juga Hj Harussani. Sebelum itu, semasa era 1980 an ramai rakyat yang mengaitkan Hj Harussani sebagai mufti yang selalu bercakap "harus, harus" bila ditanyakan sesuatu soalan. Ketika enakmen Hukum Hudud dan Qisas dikemukakan oleh Kerajaan Kelantan awal 1990 an, beliau dilihat tidak menyatakan pendiriannya secara jelas.

Kemudian apabila Kerajaan PAS Terengganu pula mengemukakan enakmen yang sama, sikap Hj Harussani juga seperti itu. Malah dalam satu ceramah di sebuah Masjid di Subang Jaya beliau kelihatan tidak mendukung usaha itu dengan menyifatkannya sebagai tergesa-gesa sehingga menyebabkan beliau diasak oleh pendengar-pendengar yang tidak berpuas hati dengan penerangan beliau. Demikian juga ketika isu penarikan balik bantuan perkapita Sekolah Agama Rakyat, beliau tidak begitu lantang menentang tindakan Dr Mahathir walaupun beliau adalah lulusan sekolah seumpamanya. Beliau lebih selesa mengambil jalan selamat, iaitu berbincang secara empat mata dengan Dr Mahathir ketika menyambut Dr Mahathir di lapangan terbang Ipoh. Apabila Dr Mahathir dengan tegas menyatakan tidak akan mengembalikan bantuan itu, Hj Harussani dikatakan sedih dan menitiskan air mata.

Mungkin selepas itu beliau mula menyedari bahawa UMNO sememangnya tidak mempunyai keazaman yang penuh untuk membela dan meninggikan Islam. Selepas itu rakyat melihat beliau mula lantang bersuara terutama apabila berkait rapat dengan isu-isu murtad dan liberalisasi agama. Semenjak itu rakyat mula menaruh harapan kepada beliau untuk menggantikan peranan Almarhum Ustaz Ishak Baharom. Walaupun beliau bukanlah pendukung PAS, tetapi ahli-ahli PAS sendiri boleh menerima beliau apabila banyak pendirian beliau selari dengan pendirian PAS seperti dalam isu polisi moral dan IFC. Malah ahli-ahli PAS juga menyediakan platform kepadanya untuk bersuara berkenaan isu-isu tersebut.

Dari segi keilmuan, sememangnya sukar untuk diukur setinggi manakah keilmuan beliau. Hj Harussani adalah lulusan Sijil Tertinggi Kolej Islam Malaya yang sekarang telah diturun taraf menjadi sebuah sekolah berasrama penuh aliran agama. Sijil Tertinggi Kolej Islam Malaya pada ketika itu diterima sebagai bertaraf ijazah atau diploma. Beliau tidak pernah menghabiskan masa untuk menuntut ilmu-ilmu Islam di pusat-pusat keilmuan Islam seperti di Timur Tengah, India dan Pakistan. Beliau juga tidak pernah memondok bertahun-tahun di pondok-pondok traditional di negara ini sebagaimana ulama-ulama dahulu. Berdasarkan sejarah pengajian beliau, paling tidak beliau tidaklah setanding dengan para ilmuan negara ini yang pernah melalui susur galur pengembaraan ilmu seperti itu.

Sekiranya diukur dari segi sejarah perdebatan ilmu, beliau juga tidak begitu berketrampilan untuk duduk bersama para ilmuan Islam yang lain berbahas tentang sesuatu isu Islam. Semasa Pejabat Mufti Perak menganjurkan perbahasan tentang isu bid'ah sepatutnya beliaulah yang kehadapan untuk berbahas isu itu dengan Dr Asri Zainul Abidin. Sebaliknya Pejabat Mufti Perak menjemput Dr Abdul Aziz Hanafi yang merupakan Ahli Majlis Shura Ulama PAS. Beliau hanya dilihat menyerang Dr Asri dari belakang dan tidak pernah berhujah secara berhadapan. Menyedari hakikat tersebut, sekiranya diukur kepada kewibawaan ilmu, mungkin ramai lagi para ulama di Perak yang lebih layak menduduki kerusi Mufti seperti Ustaz Salleh Ahmad dan Ustaz Ahmad Awang.

Bagaimanapun, beliau sememangnya disayangi oleh Pihak Istana Perak terutama Sultan Azlan sendiri. Dengan sebab itu, dalam Perayaan Jubli Perak Sultan Azlan baru-baru ini, beliau adalah salah seorang yang diiktiraf sebagai paling berjasa kepada Sultan Azlan. Malah dari segi dunia akademik, beliau turut dianugerahkan Doktor Kehormat Shari`ah dari Universiti Malaya yang Canselornya adalah Sultan Azlan sendiri. Tanpa menafikan sumbangan beliau kepada pentadbiran Agama Islam negeri Perak dan Malaysia, sumbangan beliau dari segi dunia akademik bagaimanapun tidaklah memberansangkan. Namun demikian anugerah yang bersifat akademik seperti ini turut diterima oleh beliau sebagai satu-satunya anugerah Doktor Kehormat Shari`ah yang pernah dianugerahkan oleh Universiti Malaya setakat ini.

Melihat kepada hubungan beliau dengan Sultan Perak, maka tidaklah menghairankan jika beliau mengisytiharkan derhaka kepada Hj Nizar Jamaluddin baru-baru ini. Walaupun telah banyak diperbahaskan dari sudut perundangan tentang kesahihan pemecatan Hj Nizar, iaitu ada yang bersetuju dan ada yang menentang. Akan tetapi semua pihak, termasuk yang bersetuju dengan pemecatan Hj Nizar ini bersepakat bahawa tindakan Sultan Azlan ini tidak betul dari segi moral. Tidak mungkin pihak Istana Perak tidak mengetahui bagaimana ada ADUN-ADUN yang disembunyikan, ada di kalangan mereka yang diculik dengan menggunakan nama Raja Muda dan ada di kalangan mereka yang diugut. Apakah Istana Perak lebih terkongkong dari 'katak di bawah termpurung'?

Semua pihak termasuk veteran-veteran UMNO dan pihak yang berkecuali seperti SUHAKAM berpendapat cara pengambilalihan kuasa itu tidak bermoral. Malah golongan yang bukan Islam termasuk bekas ADUN Bukit Selambau lebih bermoral dalam menanggapi isu-isu ini. Rakyat negeri Perak tanpa mengira agama kecuali penyokong tegar UMNO melihat tindakan BN yang kemudian diperkenankan oleh Sultan Perak sebagai tidak bermoral. Tiba-tiba Hj Harussani boleh membenarkan tindakan yang tidak bermoral atau berakhlak seperti ini. Sekiranya usaha melompat parti ini ada melibatkan unsur rasuah seperti yang dikhuatiri, maka adakah kenyataan Hj Harussani ini tidak boleh dilihat sebagai bersekongkol dengan golongan perasuah dan pemberi rasuah?

Hampir sepakat para ulama bahawa rasuah adalah antara dosa-dosa besar yang sangat dimurkai oleh Allah swt. Tiba-tiba Hj Harussani mengiyakan pembentukan sebuah kerajaan secara rampasan kuasa yang rakyat begitu meyakini terdapat unsur-unsur rasuah. Tindakan Hj Harussani sememangnya akan menyebabkan institusi mufti akan dipandang hina bukan sahaja oleh orang bukan Islam, malah oleh orang Islam sendiri. Sudah ramai pelayar internet menyeranah beliau dalam buku pelawat website Pejabat Mufti Perak. Selepas ini diyakini, sekiranya beliau berceramah di mana-mana orang Islam yang tidak berpuashati dengan pendirian beliau akan menyoal dan mempertikaikan tindakan beliau. Beliau tidak lagi akan dihormati sebagaimana sebelum ini.

Mungkin beliau tersilap kerana diperangkap oleh media sebagaimana yang berlaku kepada Almarhum Ustaz Ishak Baharom. Namun demikian, selepas beliau mengulang-ulangkan pendirian beliau beberapa kali, maka situasinya telah dilihat berbeza. Kalau benar beliau adil beliau boleh menyanggah tindakan Hj Nizar dan pada masa yang sama beliau mesti juga menyatakan pendirian Islam tentang pembentukan kerajaan secara rampasan kuasa yang diyakini terdapat unsur-unsur rasuah. Malangnya beliau hanya bertindak dengan menyebelahi satu pihak. Beliau kelihatan tidak jijik dengan budaya mengkhianati amanah rakyat dan amalan rasuah yang merupakan antara perkara yang dimurkai oleh Allah swt. Sepatutnya sebagai seorang mufti beliau gerun untuk tumpang sekaki seperti ini.



Nizar saman MB Haram, pekarangan mahkamah penuh sesak

Image



11.25 pagi -Menteri Besar Perak, Dato' Seri Nizar Jamaluddin tiba di Mahkamah Tinggi di Jalan Duta sambil disambut dengan laungan takbir oleh penyokong Pakatan Rakyat.


Ketika ini, beliau sedang dikerumi oleh wartawan. Nizar yang segak memakai baju kuning sedang menjawab beberapa persoalan yang dikemukakan oleh wartawan ketika ini.

Dianggarkan lebih 300 orang berada di sekitar kawasan mahkamah.


Turut kelihatan adalah Hanipa Maidin yang merupakan salah seorang daripada panel peguam yang akan mewakili Nizar.

11.00 pagi : - Menteri Besar Perak Dato' Seri Mohd Nizar Jamaluddin akan memfailkan saman terhadap pelantikan Menteri Besar baru, Dato' Dr Zambry Abdul Kadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada jam 11 pagi sebentar lagi.


Pekarangan kawasan mahkamah di Jalan Duta penuh sesak dengan para penyokong Pakatan Rakyat ketika ini. Para peguam yang dijangka mewakili Nizar juga turut kelihatan sedang menanti kehadiran Nizar.


Turut kelihatan di pekarangan Mahkamah Tinggi itu adalah, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad; Ahli Parlimen Kalng, Charles Santiago dan pimpinan KeADILan antaranya,Kamarul Baharin.

Sebelum ini, Nizar dalam satu kenyataannya kepada akhbar online berkata, beliau kemungkinan besar akan memfailkan kes memohon pengisytiharan untuk mengisytiharkan kerajaan Barisan Nasional (BN) di Perak sebagai tidak sah pada pukul 11.30 pagi hari ini.

"Kemungkinan besar saya akan failkan. Jika tidak, panel peguam kita yang akan memfailkannya.

"Kita akan memfailkan kes bagi memohon Mahkamah Tinggi mengisytiharkan kerajaan BN di Perak sebagai tidak sah dan Pakatan Rakyat masih kerajaan yang sah," katanya.

Beliau berkata, Pakatan akan melaksanakan mengikut prosedur dan panel peguam mereka yang terdiri daripada 12 orang sedang melaksanakan tugasan termasuk menyediakan dokumen yang diperlukan mengenai kes itu.


Nizar dikerumuni orangramai.

Kerajaan Baru Perak HARAM - Dr. Aziz Bari

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhH-p8q5zFdGkKN968F3ryOF-8cj-3p1Q7qnO0aj5kkD5UYHbvh2GOAxucFAdQDZSNDM7-fmiZQn6ybB-4kGQY5UXgM_8anxOvrUfQtbCbFjguyRzWvzN-Rrl_YyZl_Aa-yvUARj1mtbFe3/s320/aziz+bari.jpg
"Selagi mahkamah tidak memutuskan kes mereka selagi itu kerajaan terdahulu masih dianggap berkuasa dan BN tidak boleh membentuk kerajaan baru."

"Adalah mustahil dari sudut perlembagaan BN boleh membentuk kerajaan dan melantik Menteri Besar selagi perundangan yang diguna pakai masih menggunakan Perlembagaan Persekutuan dan perlembagaan tubuh negeri Perak." Kata Prof. Aziz.


UMNO Yang Menghina Raja-raja Melayu

http://buletinonline.net/images/stories/berita1/krisisumnoraja.jpg

Kuala Terengganu
– Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyelar tindakan UMNO mengadakan himpunan kononnya menunjukkan sokongan kepada sultan, yang akan diadakan di PWTC, pada 19 Februari depan.


“UMNO juga yang menghina sultan ! Dia (UMNO) yang menggubal perlembagaan yang merampas kuasa sultan, itu (himpunan) satu tindakan yang pura-pura, hipokrit,”katanya pada sidang media yang diadakan selepas Ceramah Dana Palestin, di Batu Enam, dekat sini, semalam.

Menurutnya himpunan tersebut bukan sahaja mainan politik, malah lebih teruk dari itu, kerana rakyat sudah mengetahui ‘tembelang’ UMNO yang sebenarnya.

Beliau turut menegaskan PAS tidak menyokong tindakan Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Karpal Singh yang berhasrat untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Sultan Perak Sultan Azlan Shah kerana membenarkan Barisan Nasional (BN) mengambil alih pemerintahan kerajaan negeri tersebut.

“Ya, PAS tidak menyokong (Karpal), itu tindakan peribadi (beliau), bukan sahaja PAS, bahkan seluruh Pakatan Rakyat mengatakan kita tidak mahu bertembung dengan Sultan,

“pertembungan kita dengan UMNO, dengan Barisan Nasional, kerana Sultan tidak berpolitik,”ujarnya ketika ditanya wartawan berkaitan perkata tersebut.

Mengulas tentang keadaan di negeri Perak, beliau berkata, rakyat akan menilai tindakan Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Hj Mohammad Nizar Jamaludin yang bersetuju menyerahkan kembali kenderaan dan kediaman rasmi kepada kerajaan negeri.

“Itu satu tindakan yang dilihat oleh rakyat, rakyat akan menilai, menunjukkan bahawa kita (PAS) tidak gila kuasa, dan tidak tamak kuasa,

“kita mahu supaya kekuasaan dapat dengan cara sopan, kerana kita mengambil jawatan itu dengan sopan,” katanya yang menambah Haji Nizar tak minta jawatan, dimana kita (PAS) diberi kepercayaan untuk memegang jawatan itu.

Beliau berkata Pakatan Rakyat menunggu proses pilihanraya kecil yang akan diumumkan hari ini oleh pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Malaysia.

Katanya Pakatan rakyat akan bertanding dalam kedua-dua pilihanraya kecil tersebut, dimana Parti Kedilan Rakyat (PKR) akan melatakkannya calonnya di Bukit Selambau dan PAS akan bertanding dalam pilihanraya kecil palimen Bukit Gantang.

“(berkenaan) calon, kita akan lihat pandangan daripada bawah dan pandangan semua pihak,

setakat ni dah ada beberapa nama yang dikemukakan, adalah 4, 5, 6 orang, kita akan pertimbangkan,

“tempatan pun ada luar pun ada, kita akan lihat dari segi sejauh mana kaji selidik yang akan dihasilkan daripada bawah,”katanya apabila ditanya tentang calon-calon yang akan bertanding dalam pilihanraya kecil itu.

Beliau turut menyifatkan tindakan kerajaan UMNO-BN yang mengharamkan ceramah di negeri Perak sebagai satu tindakan yang pengecut dan penakut.

“Itu satu tindakan yang pengecut, yang penakut, sedangkan dia (kerajaan UMNO-BN) mempunyai kebebasan media yang masuk kedalam tiap-tiap buah rumah,


“itu satu tindakan yang ‘double-standard’ yang tidak demokratik, yang bercanggah dengan amalan demokrasi yang maju,”katanya.

Beliau menyeru kepada semua petugas dan penyokong Pakatan Rakyat agar menghadapi pilihanraya dengan baik dan bijak, sebagaimana yang telah ditunjukkan dalam pilihanraya kecil parlimen Kuala Terengganu.

Beliau turut berpesan supaya menjaga tatatertib dalam pilihanraya kecil akan datang dan tidak melayan sebarang provokasi pihak lain.

“InsyaAllah kita tidak akan terpengaruh dengan kalangan yang melakukan provokasi, (yang cuba) untuk melakukan sesuatu yang tidak diingini,


“jika ada sesuatu tindakan (yang tidak diingini) itu bukan daripada kita (PAS), (tapi) daripada pihak-pihak lain,”jelasnya.




MB Perak fail saman,mohon mahkamah isytihar Kerajaan haram BN tidak Sah

taat-allah


PETALING JAYA: Pakatan Rakyat akan memohon Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk mengisytiharkan kerajaan Barisan Nasional (BN) di Perak sebagai tidak sah, hari ini.


Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, beliau kemungkinan besar akan memfailkan kes memohon pengisytiharan itu pada pukul 11.30 pagi.


“Kemungkinan besar saya akan failkan. Jika tidak, panel peguam kita yang akan memfailkannya.


“Kita akan memfailkan kes bagi memohon Mahkamah Tinggi mengisytiharkan kerajaan BN di Perak sebagai tidak sah dan Pakatan Rakyat masih kerajaan yang sah,” katanya ketika dihubungi semalam.


Beliau berkata, Pakatan akan melaksanakan mengikut prosedur dan panel peguam mereka yang terdiri daripada 12 orang sedang melaksanakan tugasan termasuk menyediakan dokumen yang diperlukan mengenai kes itu.


Berhubung kemungkinan penyokong-penyokong Pakatan akan berkumpul di luar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, berikutan khidmat pesanan ringkas (SMS) yang tersebar meminta mereka datang untuk memberi sokongan, Mohammad Nizar berkata, beliau tidak tahu mengenai SMS tersebut.


“Saya minta penyokong menganggap ini sebagai saluran biasa kita, saya minta penyokong (yang dijangka akan berkumpul di Pendaftar, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur) jangan bertindak di luar batasan dan tolong menjaga ketenteraman dan keamanan,” katanya.


Ketika ditanya sebab kes itu akan difailkan di Kuala Lumpur bukan di sini, beliau berkata panel penasihat memutuskan ia difailkan di Kuala Lumpur selepas menimbang beberapa faktor.




Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .